Wednesday, July 25, 2012

Farid Ismeth 'Tertekan dan Malu' dituduh bekas suami Rosmah?.. mengapa agaknya?


Hujan tak ada.. ributpun tak ada.. tiba-tiba sahaja pencacai-pencacai UMNO menyiarkan laporan Pembaca berita RTM, Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Itupun setelah berbelas tahun perkara ini menjadi sebutan ramai dan dakwa Farid dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut.

Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.

Penafian ini pula muncul ketika Rosmah sudah jarang kelihatan dalam berita-berita arus perdana..

Tulis Zamzarina dalam Blognya pula, Farid berkata "SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!"



TERTEKAN DAN MALU??

Kenapa pula beliau mendakwa dirinya tertekan? sedangkan beliau dituduh sebagai bekas suami kepada Rosmah dan bukannya boy friend atau lelaki simpanan kepada Rosmah.

Lagipun menjadi seorang suami dan kemudiannya menjadi bekas suami bukanlah satu perkara yang memalukan bagi lelaki kerana berkahwin itu halal dalam Islam dan ianya tidak sepatutnya dimalukan..

Lainlah kalau bekas isteri kita itu kini menjadi ikon kurang baik yang sering dibincangkan oleh masyarakat maka wajarlah kita merasa TERTEKAN DAN MALU untuk mengakui bahawa kita pernah bersama perempuan itu..

Sepatutnya Farid merasa bangga kerana dituduh sebagai bekas suami kepada perempuan yang mengaku dirinya sebagai First Lady of Malaysia bukannya tertekan..

Lainlah kalau Farid juga menganggap Rosmah sebagai perempuan kurang baik untuk dikaitkan dengan dirinya.. barulah sesuai ayat TERTEKAN DAN MALU itu digunakan...

Apa si Farid tu ingat teruk sanagat ke Rosmah Mansor tu hingga dia rasa TERTEKAN DAN MALU untuk dikaitkan denga Rosmah??

Pembaca berita tertekan dikaitkan dengan Rosmah

PETALING JAYA: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, dirinya tidak pernah mengenali mahupun bercakap dengan Rosmah secara peribadi sehingga naik muak dengan dakwaan tersebut walaupun beberapa kali cuba menafikannya.

“Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah,” katanya semasa ditemubual pengacara RTM Zamzarina Zambri.

Temubual kira-kira 7 minit itu dirakamkan Zamzarina dan dimuat naik ke dalam blog peribadinya http://zamzarinazambri.blogspot.com.

Farid berkata dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut yang didengarinya sejak 11 tahun lalu.

“Saya tertekan sebenarnya dengan keadaan ini tapi saya diam, saya simpan…nak ke mana-mana pun mereka akan berbisik “haa itu Rosmah punya”..persoalannya kenapa tak datang berdepan dan tanya…kenapa seronok sebarkan? Anda kena ada fakta sebelum nak tuduh orang lain,” katanya.

Takut keluar rumah

Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.

“Bila pergi kenduri kahwin saya akan nampak mereka mula berbisik…saya tahu apa yang mereka katakan.. saya tahu daripada pandangan dan renungan mata yang sangat sinis …tapi sebenarnya hamba Allah ni tiada dosa apa pun,” katanya.

Beliau berkata pada anak-anaknya turut mendapat tempias apabila guru dan rakan sebaya di sekolah mereka bertanyakan perkara yang sama. Namun katanya perkara itu tidak menjadi satu isu kerana isteri dan keluarganya memahami situasi sebenar.

“Anak-anak pernah tanya betul ke papa ni pernah kahwin dengan Datin Seri (Rosmah)? Saya kata tidak sama sekali.

“Sehinggakan mereka ke sekolah guru-guru dan rakan-rakan lain turut bertanyakan soalan yang sama dan mereka menafikan ‘itu isteri Perdana Menteri kenapa kaitkan Rosmah dengan bapa saya’,” katanya.

Beliau turut menafikan mempunyai anak perempuan hasil hubungan dengan Rosmah seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

“Persoalannya kenapa mereka membiarkan cerita ini berlarutan sampai kata berkahwin dan ada anak perempuan walaupun mereka tahu ia tak betul…memang tak masuk akal…kalau ada nama binti Farid Ismeth tu lain ceritalah saya tak boleh nafikan (tapi) ni tiada langsung,” katanya.

Beliau berharap melalui temubual itu dapat membetulkan dakwaan palsu daripada terus tersebar sekaligus dapat membersihkan namanya. - Free Malaysia Today



Video dari ( Zamzarina Zambri )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails