Monday, July 30, 2012

Demi Maruah, Zulkifli Noordin minta Lajim lepas jawatan dan keluar UMNO? (Video Inside)


Zulkifli Noordin adalah seorang yang telah memenangi jawatan sebagai Ahli Parlimen melalui kerusi PKR yang ditandinginya di Kulim-Bandar Bharu pada PRU 2008.

Kerana masaalah disiplin beliau telah dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR.

Beliau bagaimanapun akhirnya dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat yang mana perkara tersebut telah diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Tapi hingga kini meskipun beliau telah dipecat dari PKR beliau tidak mahu melepaskan Kerusi dan juga Ahli Parlimen yang disandangnya melalui PKR.

Semalam dengan nada bersahaja beliau telah meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli UMNO kerana Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort .

Menurut Zulkifli Noordin ini adalah demi maruah.. "Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih,".

Saksikan!! Manusia hipokrit ini berbicara..


Demi maruah, PERKASA minta Lajim keluar Umno

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli Umno.

Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kita hormati keputusan beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi.

"Dan hak perdana menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi.

Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta.

Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu. Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Selain itu, Zulkifli turut menasihatkan penduduk Sabah agar tidak terpedaya dengan slogan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu 'Sabah untuk Sabah' yang menurutnya seperti kembali ke zaman sebelum merdeka

"Kita harus pandang ke hadapan. Sabah kini sebahagian daripada Malaysia. Kita sepatutnya menghormati pendirian rakyat Sabah dan tak patut putar jam balik ke belakang kepada perpecahan negara. Orang yang amalkan politik ini wajib ditolak," kata Zulkifli lagi.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails