Monday, July 9, 2012

DAP tanding 90 kerusi?.. Utusan kutip dari mana cerita ni?


Sebelum itu...  Diawal penubuhannya 'suarapakatanrakyat.com' ini sering menghantar artikel untuk disiarkan oleh aku di blog Anak Sungai Derhaka ini..

Yang terakhir aku terima ialah satu artikel yang ditulis kononnya beberapa orang Blogger pro UMNO tidak
 langsung menerima bayaran sebagaimana yang didakwa oleh banyak pihak..

Tapi apabila aku menjawab.. 'Artikel ini bercanggah dengan fakta yang aku ada...' sampai sekarang dah tak ada sebarang artikelpun dikirim ke e-mail aku... kenapa agaknya??

Semalam Utusan telah memetik laporan dari 'suarapakatanrakyat.com' untuk dijadikan berita, kononnya 'suarapakatanrakyat.com'  itu adalah pro PR..

Mungkin kerana namanya suarapakatanrakyat.. kalau macam tu Amenoworld tu pro UMNO lah pasal sebutan untuk Ameno = UMNO..

Menariknya laporan dari 'suarapakatanrakyat.com' kemudiannya disokong dengan maklumat serupa oleh forum mykemut.net serta pisau.net.

Hari ini.. DAP menyangkal laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu akan bertanding di 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, sekaligus membolehkannya untuk melantik pemimpinnya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"Karut, karut, karut!" Itulah reaksi Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, yang turut terbabit dalam rundingan agihan kerusi bagi parti komponen Pakatan.

"(Bilangan kerusi yang ditandingi) DAP adalah yang paling sedikit di kalangan tiga (parti komponen Pakatan). Rundingan masih berjalan tetapi ini tidak benar sama sekali," katanya sambil menambah bahawa parti itu mendapat kerusi paling kurang di setiap negeri kecuali Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Loke, yang juga Ahli Parlimen Rasah, berkata "laporan yang berniat jahat" itu adalah satu lagi percubaan untuk menakutkan orang Melayu - Malaysiakini

Pendapat itu dikongsi bersama oleh Ahli Dewan Negara daripada Pakatan Rakyat ketika ditemui Harakahdaily pada persidangan Dewan Negara, hari ini.
Menurut Senator Datuk Dr Johari Mat yang mewakili Kelantan, isu yang dimainkan itu merupakan isu lama dan ia adalah sebagai usaha sentimen untuk menakutkan rakyat negara ini terutamanya Melayu bahawa negara ini bakal diterajui oleh DAP.

Akhbar milik Umno ini menyiarkan laporan muka depan berdasar kepada tulisan di blog yang dikatakan 'pro-pembangkang' - suarapakatanrakyat.com. Ia mendakwa mendedahkan hasil mesyuarat agihan kerusi antara ketiga-tiga parti komponen pembangkang itu.

Memetik blog tersebut.. baca kat bawah..

DAP tanding 90 kerusi?


KUALA LUMPUR 8 Julai - DAP bakal menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila maklumat mesyuarat pembahagian kuota kerusi pembangkang mendedahkan, parti itu dikatakan akan bertanding di 90 kawasan Parlimen.
 
Maklumat mengenai perkara itu didedahkan oleh sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.
 
Pas pula yang meninggalkan perjuangan negara Islam kekal bertanding 66 kerusi, jauh lebih rendah berbanding hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu parti itu bertanding di 80 kerusi.
 
Jumlah kerusi Pas itu sama dengan peruntukan kerusi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ‘diturunkan pangkat’ berbanding 97 kawasan Parlimen pada pilihan raya umum 2008 lalu, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal diangkat sebagai Ketua Pembangkang.
 
Bagi DAP, ia penambahan 43 kerusi berbanding 2008 sekali gus, meletakkan parti itu dalam kedudukan terbaik dan selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpin parti mereka jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya, bukannya melantik Anwar.
 
“Berdasarkan dokumen tersebut, sah DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen serta masing-masing 66 kerusi bagi PKR dan Pas. Ini satu kejutan terbesar kerana ia meletakkan DAP dalam kedudukan sangat selesa untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka.
 
“Ditambah pula dengan undi orang Melayu yang kini berpecah kepada tiga bahagian, DAP dengan mudah boleh menang di kawasan Parlimen yang mempunyai populasi separuh pengundi Melayu dan bukan Melayu," dakwa suarapakatanrakyat.com.
 
Pada pilihan raya 2008, DAP menang 28 daripada 47 kerusi yang ditandingi iaitu pencapaian sebanyak 59.57 peratus berbanding PKR yang hanya menang 31 kerusi daripada 97 kawasan Parlimen, manakala Pas pula paling sedikit iaitu 28 kerusi.
 
Sementara itu, mykmu.net pula berkata, jika pun pembangkang gagal menawan Putrajaya, DAP akan sentiasa berada tiga hingga empat langkah ke depan berbanding PKR dan Pas dalam menentukan hala tuju pakatan, sehingga parti itu layak digelar ‘abang besar’ selepas ini.
 
Lebih memburukkan keadaan dakwa blog itu lagi, daripada 66 kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, sehingga kini hanya 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan ‘calon pilihan’ dan keadaan berkenaan memberi kelebihan tambahan kepada DAP kerana rata-rata calon PKR bukan Melayu.
 
“Andai kata kuota pembahagian ini kekal dan dengan mengambil kira sokongan masyarakat Cina kepada DAP serta perpecahan undi Melayu, parti itu akan memenangi jumlah kerusi Parlimen lebih besar. Makanya, Pas kekal sebagai balaci dan PKR akan jadi pendokong kuat DAP.
 
“Ditambah dengan sokongan wakil rakyat PKR yang bukan Melayu, bakal Perdana Menteri bukan Anwar tetapi pemimpin DAP itu sendiri dan kalau pun Anwar dilantik demi untuk menjaga perasaan orang Melayu, ia sekadar boneka seperti mana di Perak sebelum ini," dakwa blog itu lagi - Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails