Friday, July 27, 2012

Bukan saja slogan Sambutan Hari Kemerdekaan.. Lagu pun Najib hijack juga.. tengoklah! (Video Inside)


Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa  hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.

Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.

Lirik lagu  3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota ‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.

Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Slogan ‘Janji Ditepati’ sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya.

Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua.

Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails