Sunday, July 29, 2012

Apa kata Rais pada 27 Julai lalu tentang logo Hari Kemerdekaan?


Berikut adalah antara kata-kata Menteri di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sewaktu mempertahankan keaslian logo Sambutan Kemerdekaan ke-55 pada 27 Julai 2012.

“Tidak wujud soal ciplak dalam logo itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan menyifatkan mereka yang mempertikai dan mempersendakan logo dan tema berkenaan mahu mencari publisiti murahan tanpa membuat penilaian rapi.

Aku paling tertarik dengan kenyataannya yang ni.. Rais berkata, kritikan seumpama itu tidak seharusnya dilemparkan, apatah lagi Ramadan sepatutnya diisi dengan kegiatan bermanfaat, bukannya mencaci dan menaburkan fitnah.

Bacalah...


Bagaimanpun setelah terdedah bahawa logo yang kononnya kata Rais diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah logo yang diciplak dari sticker kereta.. lihat ( SINI ) logo itu..

Ini pula kata Rais…


Dalam masa dua hari sahaja segalanya berubah..

Pada 27 Julai 2012 dia kata logo itu adalah logo asli dan ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..

Dan pada 29Julai 2012 .. apa yang dipertahankan olehnya sebagai logo pada 27 Julai lalu dikatakan sebagai bahan hiasan pulakdah... dan bukan logo rasmi..

Kah..kah..kah... Bersaralah Rais..

Ni komen dari blog yang menyokong UMNO/BN


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails