Wednesday, July 18, 2012

Ambik kau SYABAS!! Semua Pegawai Pengurusan akan dirombak oleh MB Selangor..


"SYABAS telah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara kita dengan mengancam tujuh juta pengguna (di kawasan terbabit) dengan catuan air, sedangkan tidak berlaku kekurangan air," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.

Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :

Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Bila ada rombakan tu.. faham-fahamlah ya.. pasti akan ada yang disepak keluar..

KENYATAAN MEDIA
18 JULAI 2012
Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses ‘Step-In’ Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.

Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.

Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.

Kita juga ingin menegaskan disini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana Syabas tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.

Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran)

Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.

Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.

Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa :

Semua kakitangan Syabas dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi.


Disediakan oleh:

Y.B TUAN DR. XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor


Buat yang bakal disepak keluar tu.. sila hubungi Muhyiddin untuk bantuan.. itupun kalau dia nak bantulah..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails