Thursday, July 26, 2012

400 Penduduk Kampong Poh di Perak akan berpindah ke Selangor kerana ketiadaan bekalan air bersih di kampung mereka..


Perlu kita akui bahawa rakyat Selangor merupakan antara rakyat Malaysia yang paling bertuah di negara kita ini.

Ini kerana apabila SYABAS mengumumkan bahawa bekalan air bersih untuk beberapa kawasan terpaksa dicatu berikutan kekurangan bekalan air bersih yang diproses, riuh rendah pemimpin UMNO memperjuangkan nasib rakyat yang bakal dicatu bekalan airnya.

Meskipun ianya berpunca dari kegagalan pihak SYABAS sendiri dalam menyediakan bekalan air bersih itu pihak Kerajaan negeri Selangor dipersalahkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu.

Laporan dari dari Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) telah mengesahkan kegagalan SYABAS itu.

Dimana dalam pemantauan mereka, pihak Jawatankuasa telah menemui tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah;

1. Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

2. Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

3. Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11% dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Penemuan-penemuan ini membuktikan bahawa SYABAS sememangnya telah gagal memenuhi tanggung jawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004.

Itu mengenai masaalah yang bukan satu masaalah tetapi dijadikan masaalah hanya kerana pihak pemimpin UMNO mahu projek LANGAT 2 yang bernilai RM8.65 Billion dijalankan.

Kalau 25% dari nilai projek dijadikan ‘kick back’ atau imbuhan sudah pasti ianya cukup untuk dijadikan dana pilihanraya bagi Selangor agaknya..

Berbalik kepada betapa beruntungnya rakyat Selangor dalam hal kekurangan air ini.. nasib rakyat Perak di sebuah perkampungan tidaklah sebegitu baik nampaknya.

Ini kerana walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun penduduk kampung di negeri Perak masih terpaksa mendapatkan sumber air bersih dari sebuah takungan yang mereka bina sendiri di hulu Sungai.

Takungan tersebut telah dibina berpuluh tahun lalu oleh penduduk kampung sendiri dan air dari takungan itu disalurkan melalui paip kepada hampir 400 keluarga di kampung itu.

Kampung yang dimaksudkan itu adalah kampung Poh.... yang hanya terletak 6.3KM dari pekan Bidor,Perak..


Kebersihan bekalan air yang disalur bergantung pada hujan atau tidaknya pada hari tersebut... Jika tidak hujan dan air sungai jernih, maka dapatlah penduduk air yang nampaknya jernih tetapi masih lagi penuh dengan keladak-keladak hulu sungai...

Tetapi jika hari hujan dan air sungai keruh kerana tanah-tanah yang luntur dari lereng bukit... maka beginilah keadaan air yang akan didapati...


Tidak cukup dengan itu juga penduduk Kampung Poh itu juga sering kali mengalami ketiadaan bekalan air,kerana takungan utama air sungai kerap kali terkambus oleh pasir sungai yang menyebabkan pangkal paip tertimbus oleh pasir sungai...

Bila ini berlaku,penduduk tidak akan dapat bekalan air sehinggalah mereka menggali sendiri bagi membuang pasir-pasir yang menimbusi takungan air di hulu sungai...

Isu permohonan bekalan air bandar yang bersih sudah beberapa kali dibangkitkan oleh penduduk Kampung Poh ini kepada kerajaan negeri... tapi semuanya hampeh!!

Bagi menutup mulut orang kampung dan supaya mereka terus setia mengundi BN dalam Pilihanraya 2008 dulu...


Maka pada tahun 2007, Lembaga Air Perak mendirikan sebuah rumah pam di kampung tersebut bagi memberikan gambaran konon-kononnya masalah bekalan air bersih di Kampung Poh itu akan selesai...


Tetapi kini... setelah 5 tahun didirikan... rumah pam ini tidak pernah digunakan... maka tumbuhan menjalar mula mengambil alih rumah pam ini dari Lembaga Air Perak..


Difahamkan bahawa Projek rumah pam ini telah dianugerahkan  kepada sebuah syarikat kroni UMNO yang tiada kepakaran tentang urus selia tekanan air yang diperlukan.. maka jadilah ianya satu projek gajah putih...

Dan penduduk kampung ini kembalilah kepada kehidupan mereka dengan air yang keruh dan berkeladak sepanjang masa....

Hmmm.. cadangan aku buat penduduk Kampung itu.. korang berpindahlah ke Selangor.. kerana nasib anda akan lebih terbela oleh Kerajaan UMNO/BN andaikata anda berada di Selangor..

Laporan lengkap sila baca di ( Liang Lahad )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails