Monday, July 23, 2012

110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa dihalang berniaga oleh DBKL..


Apabila tersiarnya berita di atas, maka sepantas kilat ianya dimainkan oleh beberapa Blogger Pro UMNO, kononnya ini adalah berita yang telah menjadi kebiasaan di Pulau Pinang kebelakangan ini.

Dengan tujuan membangkitkan kemarahan Melayu Pulau Pinang terhadap pemerintahan Guan Eng Blogger tersebut menulis..

Hari ini sudah 3 hari kita mengerjakan ibadah berpuasa dibulan ramadhan. Seperti setiap tahun semenjak regim DAP memerintah Pulau Pinang kita tidak dapat lari daripada mendengar cerita para peniaga dilayan double standart oleh regim negeri.

Rata ratanya yang dihalau dan diperlakukan bagai rakyat asing adalah peniaga umat Islam. Kes menghalau peniaga bukanlah baru dan 2-3 hari lepas kita mendengar bantahan daripada para peniaga di Jalan Pinang.

Lebih dari 20 peniaga bumiputera itu hanya dipindahkan bukannya dihalau seperti yang Blogger Pro UMNO itu tulis..

Dan peluang untuk mereka berniaga masih ada..

Cuba bandingkan pula dengan nasib kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa  yang tidak diluluskan perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alasan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpuradalah sama dengan alasan yang diberikan oleh Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika mereka terus berniaga di kawasan itu..


Peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa ‘naik angin’


KUALA LUMPUR: Kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa hari ini berang dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan meluluskan tapak perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas.

Wujud kira-kira 15 tahun lalu, DBKL pada tahun ini tidak lagi membenarkan bazar itu dibuka di Jalan Setiawangsa 9, malah tidak pula menyediakan tapak alternatif untuk peniaga terbabit.

Keadaan itu menyebabkan peniaga bingung dengan tindakan DBKL yang turut menghalang mereka membuka gerai walaupun memiliki lesen sah.

Peniaga terbabit mula memasang khemah gerai sejak 2.30 petang tadi di sebuah kawasan lapang milik persendirian di Jalan Setiawangsa 13 dalam keadaan sempit dan tidak selesa.

Cuba rampas meja 

Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.


Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.

Difahamkan, ketegangan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu apabila peniaga dan DBKL gagal mencapai kata sepakat mengenai tapak sebenar bazar Setiawangsa.

Peniaga lauk-pauk, Sulaiman Mahmud berkata, beliau kesal kerana DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.

Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya ‘orang atas’ yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.

“Selama ini kami tidak ada masalah dengan penduduk malah orang ramai berpusu datang membeli juadah setiap kali tibanya Ramadhan.

“Kami bukan berniaga di sini tiap-tiap hari, cuma sebulan dalam setahun…Kami mahukan jawapan DBKL kerana sehingga sekarang mereka masih membisu,” katanya.

Peniaga asam pedas, Zaiton Baba, 52, yang juga penduduk asal Setiawangsa tetap bertegas akan meneruskan perniagaanya seperti biasa walaupun mendapat tekanan daripada DBKL.

“Kami kesal kerana masalah ini tidak mendapat perhatian wakil Umno Bahagian, Datuk Bandar, mahupun Menteri Wilayah kerana ia membabitkan peniaga Melayu,” katanya.

Warga asing 


Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan individu yang memberi ‘kelulusan’ kepada DBKL menghalang kewujudan bazar terbabit.

“Masjid India, Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) banyak warga asing tapi kenapa tak dihalang?

“Datuk Zulhasnan, Datuk Bandar perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini,” tegasnya.

Difahamkan, Zulhasnan gagal dihubungi buat masa ini kerana mengerjakan Umrah di Mekah - Free Malaysia Today..


Dasar pencacai UMNO!! 20 Peniaga yang dipindahkan di Pulau Pinang dijadikan isu.. tapi 110 peniaga yang tak diberikan kebenaran untuk berniaga tu apa cerita?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails