Friday, June 15, 2012

UMNO undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia hari ini..


Mana pencacai-pencacai UMNO yang bersungguh-sungguh menunjukkan benci mereka terhadap Komunis bila Mat Sabu sokong Mat Indera hari tu??

Hari ini.. UMNO sendiri telah menjemput ahli dari Parti Komunis China datang ke Malaysia, disambut dengan karpet merah dilapangan terbang..diiring oleh Polis Traffik sepanjang perjalanan..

Korang tak nak demo ke pencacai UMNO?


Umno undang anggota Parti Komunis China ke Malaysia

Kerajaan Umno BN kini umpama ‘senjata makan tuan’ kerana menuduh kononnya terdapat usaha oleh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menghidupkan semula ideologi Komunis di negara ini 15 June 2012...

Walhal tuduhan itu memakan diri mereka sendiri apabila delegasi Parti Komunis China tiba di negara ini semalam kononnya bagi perkukuh hubungan.

Menurut portal kawalan Umno, Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan He, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf dilapor berkata, ketibaan He adalah atas jemputan Kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara.

“Malah peminjaman sepasang beruang panda dari Kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya dipetik.

Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 26 Jun tahun lalu, 30 aktivis PSM ditahan di Pulau Pinang dalam kempen bertemakan ‘Udahlah..Bersaralah..”

Kerajaan BN menerusi polis pernah menuduh aktivis berkenaan menghidupkan semula gerakan Komunis dan cubaan memerangi yang Dipertuan Agong.

Tindakan Umno BN itu bertujuan menyekat Perhimpunan Aman Bersih 9 Julai tahun lalu.

Tuduhan ini kononnya kerana polis menjumpai kemeja dan risalah dengan gambar pejuang kemerdekaan seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani.

Namun, hari ini, tuduhan itu balik semula memakan diri kerajaan Umno BN.


http://www.keadilandaily.com/?p=31646

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails