Sunday, June 10, 2012

Tranformasi Najib semakin menyerlah.. Dua MP BN akan sertai PKR..


Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi tapi Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN.

Tahniah buat Najib kerana Tranformasi yang dilaung-laungkannya kini semakin menyinar..

TRANSFORMASI merupakan agenda penting yang ingin dijayakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan keluarnya dari BN dua ahli parlimen dari Sabah itu, Najib berjaya membuktikan bahawa agenda tranformasi yang dibawanya semakin menyerlahkan kejayaan..

Maksud aku Tranformasi dari UMNO/BN sebagai pemerintah kepada UMNO/BN sebagai pembangkang pula.. he..he..

Laporan berkaitan..

Dua MP BN dari Sabah dijangka sertai KEADILAN

SABAH 9 Jun: Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN.

Antara tokoh tersebut  ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi.

“Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah,” katanya kepada Keadilan Daily.

Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu.

Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang.

Beliau kini dalam Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana di Star City Convention Centre, Asia City di Kota Kinabalu.

Jam 10 malam ini, Anwar dijadual bertemu Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah dilokasi sama.
Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin.


http://www.keadilandaily.com/?p=31387

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails