Saturday, June 16, 2012

Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati pengundi Cina... tengok apa Muhyiddin umum di Penang ni..


Terdesaknya UMNO/BN nak memenangi hati bagi mendapatkan undi dari masyarakat Cina.. Najib umumkan kerajaan China meminjamkan? kepada Malaysia dua ekor Panda kerana mereka percaya kepada kerajaan Malaysia kononnya..

Oleh kerana Kerajaan China percayakan Kerajaan Malaysia, maka Najib harap masyarakat Cina di Malaysia begitu juga...

Dan semalam, Kerajaan UMNO/BN telah menjemput anggota-anggota Parti Komunis China untuk melawat Malaysia sedangkan bila masa kata dia Mat Sabu sokong Mat Indera dulu.. riuh rendah pemimpin dan juga pencacai UMNO membantah dan mengutuk Mat Sabu..

Dan hari ini pula Muhyiddin berkata Kerajaan akan semak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina sedangkan dulu dia sendiri yang berkata kerajaan persekutuan tidak akan menyemak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina berhubung pembinaan sekolah baru.

TPM buat 'U-turn' berhubung sekolah persendirian Cina

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat 'U-turn' berkaitan keputusan kerajaan persekutuan untuk tidak menyemak semula status quo bagi sekolah persendirian Cina berhubung pembinaan sekolah baru.

Bercakap sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Muhyiddin berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan perdana menteri, anggota kabinet dan MCA, dan memperolehi cadangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Beliau berkata tidak ada gunanya menyalahkan MCA atau dirinya, atau mempolitikkan isu tersebut secara meluas.

Apa yang lebih penting ialah masa depan kanak-kanak, sama ada kerajaan boleh menyediakan tempat untuk mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pekerja di Western Digital di Pulau Pinang hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, pihaknya mempunyai formula untuk menyelesaikan isu tersebut, dan akan memaklumkan kepada orang ramai mengenainya kemudian.

Baru-baru ini, beliau yang juga menteri pendidikan berkata, wujud persefahaman bahawa sekolah berkenaan akan dibenarkan kekal, tetapi tanpa pertambahan jumlahnya.

Menurutnya, sekolah-sekolah tersebut adalah hasil perjanjian yang dicapai antara kerajaan dan pendidik Cina semasa penguatkuasaan Akta Pendidikan pada tahun 1960-an.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails