Tuesday, June 5, 2012

Tarian K-Pop di Bertam Nite: Penjelasan dari Pengarah Program, Penyelaras KADUN dan juga Calon ADUN Bertam..


Setelah diasak melalui SMS dan panggilan talipon supaya menjawab tentang isu ‘K-Pop’ di ‘Bertam Nite’ anjuran jentera pilihanraya PKR dan PR Bertam, akhirnya aku terpaksa mendapatkan penjelasan 3 orang yang terlibat secara langsung.

Sedikit berkenaan ‘Bertam Nite’.. tujuan ianya diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam.

Aturcara yang telah ditetapkan ialah Bacaan doa selamat, ucapan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir serta tarian tradisi tiga bangsa yang utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang akan dipersembahkan ketika jamuan sedang berlangsung.

Itu adalah aturcara yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua AJK Program yang terdiri dari wakil-wakil parti yang membentuk Pakatan Rakyat menurut Saudara Izmir yang merupakan Pengarah Program yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PKR bagi KADUN Bertam.


Tarian yang telah dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding pada awal persembahan adalah seperti yang dijanjikan tetapi pada slot yang kedua (lihat video di bawah) bukanlah seperti apa yang telah dipersetujui dalam tiga kali mesyuarat program kerana ianya bukanlah mencerminkan budaya sebarang kaum di Malaysia.


Menurut Izmir, beliau teragak-agak untuk menghentikan tarian tersebut kerana khuatir akan menimbulkan rasa kurang senang kaum bukan Melayu yang bukan berugama Islam yang telah hadir dalam ‘Bertam Nite’ tersebut.

Kerana yang hadir dalam Majlis tersebut telah membayar untuk berada di Majlis makan malam itu dengan membeli meja sebagai sumbangan untuk dana pilihanraya.

Bagaimanapun tarian tersebut telah dihentikan setelah mendapat arahan dari Tuan Haji Johari Kassim iaitu individu yang bakal diletakkan sebagai calon oleh PKR bagi DUN Bertam dalam PRU ke 13 ini.

Tuan Haji Johari Kassim (tengah)
Dari apa yang dijelaskan oleh Tuan Johari Kassim, beliau terkejut dengan apa yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditaja oleh Public Pavilion Holding Sdn. Bhd kerana tidak langsung dimaklumkan akan adanya tarian sebegitu akan dipersembahkan dalam majlis itu oleh pihak penaja.

Menurut Tuan Haji Johari, individu yang mahu menaja persembahan tersebut bukanlah diminta untuk menaja tetapi individu tersebut yang telah bersungguh-sungguh mahu menaja.

Yakin dengan keikhlasan individu tersebut beliau menerima tawaran dari individu yang mewakili Public Pavilion Holding Sdn. Bhd. itu.

(Yang ni dia tak bagi aku tulis..he..he.. tapi aku tulis jugak.. dia tahu lelaki yang mahu menaja persembahan ini adalah antara individu yang paling kuat menentang dirinya dicalonkan di Bertam oleh PKR, tapi kerana percaya mungkin individu tersebut sudah berubah kini dan boleh menerimanya di Bertam beliau terima tawaran tajaan itu)

Setelah tarian dihentikan Haji Johari telah naik ke pentas bagi memohon maaf bagi pihak penganjur atas tarian yang tidak sepatutnya dipersembahkan di situ pada malam itu.

Dan beliau juga telah meminta pihak penaja menukar persembahan kumpulan yang ditaja mereka itu.

Penyelaras KADUN Bertam, Saudara Asrol juga memberikan jawapan yang sama iaitu tarian tersebut bukanlah antara tarian yang telah dijanjikan oleh pihak penaja.

Ianya diadakan selepas tarian pertama dipersembahkan, tarian yang pertama ialah tarian kebudayaan Melayu tapi tarian yang kedua tidak langsung melambangkan kebudayaan Cina.

Beliau juga melahirkan rasa terkejutnya terhadap insiden ini.

Ini lagi dua penjelasan,, satu dari Ayah Adam Adli dan satu lagi dari AMKPP..


Rentetan dari kejadian ini satu sidang media akan diadakan esok bagi menjelaskan keadaan..

Kenyataan Rasmi dari pihak PKR Bertam dan Penganjur Program BERTAM NITE ...

Satu Sidang Akbar DAN Sidang Video akan diadakan bagi menjawab dan memberi penjelasan atas isu "BERTAM NITE 2012"

TARIKH : 6 JUN 2012 (RABU).

MASA : JAM 5.00 PETANG.

TEMPAT : PEJABAT PENYELARAS KADUN BERTAM
(BILIK GERAKAN PKR BERTAM) 1320,
TINGKAT DUA, TAMAN SEPAKAT,
JALAN BUTTERWORTH,
13200. KEPALA BATAS, PULAU PINANG. (BERSEBELAHAN AFFIN BANK KEPALA BATAS).

SEMUA WARTAWAN, BLOGER-BLOGER, PARA FB TEGAR DAN PENGGUNA MEDIA BARU DIJEMPUT HADIR .

SEKIAN, TERIMA KASIH.


** Ini pula pesanan dari Pengarah Komunikasi PKR Cabang Permatang Pauh buat Tuan Haji Johari Kassim... jangan sampai dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama sebanyak dua kali... oleh itu berhati-hatilah....**

Dan lihat surat mohon maaf dari penaja di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails