Saturday, June 23, 2012

Setiausaha Sulit Menteri nyaris ditipu RM4.2 Juta.. banyaknya duit dia.. datang dari mana?


Tujuannya mendedahkan cubaan menipu oleh sindiket antarabangsa ini adalah satu perbuatan yang baik kerana ianya akan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa penipuan siber.

Namun dalam masa yang sama ianya menimbulkan persoalan yang lain pula…

Harian Metro edisi cetak hari ini telah melaporkan Setiausaha Sulit kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendakwa hampir menjadi mangsa penipuan siber membabitkan kontrak pembekalan vaksin wabak infuenza A (H1N1) bernilai USD1.33 Juta (RM4.2 Juta) yang dipercayai didalangi oleh satu sindiket antarabangsa.

Difahamkan, sindeiket itu menggunakan sijil perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dipercayai dipalsukan sebagai modus operandi untuk memperdayakan orang ramai menerusi penipuan siber tersebut.

Loh Eng Chong, 48, mendakwa dia nyaris menjadi mangsa penipuan itu selepas menerima beberapa panggilan daripada tiga individu berbeza tidak dikenalinya sejak seminggu lalu.

Katanya panggilan pertama diterima pada 14 Jun lalu daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang Doktor daripada Amerika Syarikat yang meminta bantuannya membayar wang cagaran selepas vaksin H1N1 dibawa lelaki itu kenegara ini disekat Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

“Saya ada menghubungi indivdu terbabit menerusi nombor telefon digunakan, tetapi hingga kini tiada jawapan tetapi sehingga kini tiada jawapan. Justeru saya syak operasi kumpulan itu sebagai palsu sebelum memanjangkannya untuk perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong.

“Saya harap orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sindiket dan meminta mereka melaporkan kejadian seumpama itu” katanya.. - Harian Metro

Persoalan yang timbul disini ialah bagaimana seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri mempunyai sejumlah RM4.2 Juta yang membolehkan beliau berurusan dengan pihak yang didakwa cuba menipunya?

Jika tidak ada persetujuan antara beliau dan penipu-penipu itu mana mungkin penipu itu akan meminta beliau membayar wang cagaran..

Mewahnya Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakob saja yang kaya raya…

SPRM tak nak siasat ke?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails