Sunday, June 24, 2012

Sebab-sebab Rafizi dibenar meletak jawatan - PKR Selangor


Berikut adalah dua sebab utama Rafizi Ramli dibenarkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor seperti yang dinyatakan oleh MB Selangor dan Ketua Penerangan PKR Selangor..

Sebab yang pertama menurut MB Selangor.. Rafizi mahu menyusahkan UMNO/BN dengan memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebab yang kedua pula menurut Ketua Penerangan Selangor.. Rafizi juga mahu menyusahkan UMNO/BN lagi... Rafizi  memberi tumpuan kepada siasatan  skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum mendedahkannya kepada umum...

Laporan berkaitan..

Rafizi mahu tanding PRU13

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.

PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru

SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru  membabitkan Umno Selangor.

Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.

Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan  sebelum ini.

“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus  sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.

Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.

“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya.

Kedua-dua laporan datangnya dari Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails