Sunday, June 3, 2012

Ramai bengang RM10 Juta untuk Himpunan Belia..


Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.

Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook ( SINI ), akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.’

Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop.

“Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata.

Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut,” tulis laporan tersebut.

The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok.

“Adakah ia dibuat daripada emas?” soal beliau.

Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan.

“Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan,” kata Roslan.

Roslan berkata jumlah yang dituntut ada “lebih rendah” daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi.

Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

“Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian,” kata Mohid yang dipetik The Star.

Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails