Saturday, June 23, 2012

PRU masa haji bukan perkara baru kata Najib..


"Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.

Katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Memang salahlah Najib woi!! tahun 1986 Mahathir jadi Perdana Menteri.. Mahathir jadi Perdana Menteri dari Julai 1981 hingga Oktober 2003..

Tun Hussein Onn pulak jadi Perdana Menteri dari tahun 1976 hingga 1981.. jadi macam mana pulak zaman Mahathir jadi Perdana Menteri tu boleh dikatakan zaman Tun Hussein Onn?

Buat malu kat budak-budak sekolah saja..

Nampak tak budaya UMNO yang melingkupkan bangsa dan negara di sini? meskipun apa yang dicakapkan oleh Ketua mereka itu salah.. nak bodek punya pasal yang ada di sekeliling seorangpun tak tegur..


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails