Thursday, June 14, 2012

Penasihat Kerajaan Malaysia bantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni bersembunyi?

"Kami akan menelusuri lebih jauh orang ini. Penting karena merupakan penasihat pemerintahan kerajaan di Malaysia," kata Wakil Ketua KPK Bambang Widjojanto kemarin.

Ini laporan dari VIVAnews Indonesia..

VIVAnews - Dua orang penasihat pemerintah kerajaan Malaysia dibekuk bersama Neneng Sri Wahyuni, buronan polisi internasional yang juga istri mantan Bendahara Umum Partai Demokrat M Nazaruddin. Imigrasi sedang menyelidiki siapa dua sosok yang bukan orang sembarang yang diduga membantu pelarian Neneng ini. 

"Hari ini kami akan cek. Karena banyak sekali nama yang masuk ke perlintasan imigrasi," kata juru bicara Direktorat Jenderal Imigrasi Kementerian Hukum dan HAM, Maryoto, dalam perbincangan dengan VIVAnews, Kamis 14 Juni 2012.

Menurut Maryoto, Imigrasi akan mendalami dan mencari tahu kapan dua orang penting Malaysia itu masuk ke Indonesia. Imigrasi juga akan menelusuri keduanya masuk dengan menggunakan dokumen keimigrasian jenis apa.

"Bila sudah ada temuan, nanti sesegera mungkin akan kami sampaikan kepada publik," kata Maryoto.

Dua orang berkebangsaan Malaysia yang turut dalam pelarian Neneng yakni, M Hasan bin Kushi dan Azmi bin Muhammad Yusof. Keduanya diduga ikut membantu pelarian tersangka kasus suap pengadaan Pembangkit Listrik Tenaga Surya (PLTS) di Kemenakertrans tahun 2008 itu saat di Malaysia.

"Kami akan menelusuri lebih jauh orang ini. Penting karena merupakan penasihat pemerintahan kerajaan di Malaysia," kata Wakil Ketua KPK Bambang Widjojanto kemarin. - VIVAnews

Ini pula laporan dari BERNAMA yang disiarkan oleh Malaysiakini..

Dua lelaki M'sia ditahan disyaki bantu Neneng Sri Wahyuni

Dua lelaki warga Malaysia ditahan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia di Jakaarta semalam kerana disyaki memainkan peranan dalam membantu suspek kes rasuah Neneng Sri Wahyuni melarikan diri daripada buruan suruhanjaya itu sejak tahun lepas.

Timbalan Ketua KPK, Bambang Widjojanto berkata kedua-dua warga Malaysia itu ditahan di dua lokasi berasingan manakala Neneng ditangkap di rumahnya di Pejaten, Jakarta Selatan sebaik tiba dengan sebuah teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta.

"Kami sedang menyiasat peranan kedua-dua lelaki itu dalam pelarian Neneng selama beliau berada di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat KPK malam tadi.

Katanya salah seorang daripada dua lelaki Malaysia itu merupakan orang penting dalam kerajaan di Malaysia. Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan sama ada lelaki itu memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri atau pusat.

Adalah difahamkan seorang lelaki Malaysia itu ditahan selepas menemui suami Neneng, Muhammad Nazaruddin, dipenjara di Jakarta manakala seorang lagi ditahan di sebuah hotel di bandaraya itu.

Bambang berkata KPK sebelum itu telah mendapat maklumat bahawa Neneng akan berlepas dari Kuala Lumpur malam tadi dan bermalam di Batam, Indonesia, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Jakarta dengan menaiki pesawat semalam.

Pada Ogos tahun lepas, Muhammad Nazaruddin, iaitu bekas bendahari Parti Demokrat ditahan di Colombia dan dibawa ke sini atas dakwaan rasuah.

Pasangan suami isteri itu disyaki terbabit dalam skandal rasuah melibatkan jutaan ringgit dalam projek Pengadaan Pembangkit Listrik Surya (PLTS) di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi antara 2008 hingga Ogos 2011.

Berdasarkan siasatan polis Indonesia, Nazaruddin dipercayai melarikan diri ke Singapura, Vietnam, Kemboja dan Colombia.

Isterinya Neneng yang turut didakwa terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu dipercayai meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur dan sering menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails