Sunday, June 24, 2012

Najib ketawa sebab PKR Selangor dikatakan bergolak.. Ketawalah lagi Najib.. UMNO Perlis dah berpecah ni..


Dalam satu sidang media Najib tertawa apabila ditanya mengenai pergolakan yang kononnya ujud dalam PKR Selangor.

Jawabnya “ Ha..ha..ha.. Nampak yang.. mutakhir ni nampak ada perpecahan yang agak seriuslah pimpinan PKR diperimgkat Selangor..aaa.. kalau tidak takkan tiba-tiba ada orang yang letak jawatan.. gara-gara.. kita dengar..

“Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil.. aaa. Pentadbiran yang kukuh… aaaa.. banyak sangat aaaaa lah Najib ni.. korang tengoklah video sidang media tu di ( SINI )

Najib ketawa pasal PKR Selangor dikatakan bergolak... tak apa.....

Bergolak itu cuma dikatakan.. tapi yang aku tahu cuma berbeza pendapat. ada sikit macam UMNO.. satu pihak mahukan peruntukan dari Kerajaan Negeri digunakan manakala satu pihak lagi tak mahu bagi..

Berbeza pendapat itu sihat buat sebuah demokrasi yang menjadikannya tidak sihat ialah bila terlalu banyak pemimpin yang 'Gila nak bercakap' pantang ada reporter hulur mike.. terus dia bercakap..

Woit!! Ketua Penerangan dah pi mana? 

Bila semua gila nak keluarkan kenyataan maka sudah pasti ada percanggahan... maka kelihatanlah ia seperti pergolakan..

Kalau Najib mentertawakan pergolakan itu.. mari kita pakat gelak pulak kat Najib.. nih laporan ini mengatakan perpecahan bukan pergolakan tapi perpecahan masih wujud dalam UMNO Perlis...


Laporan sepenuhnya..

Perlis diambang kejatuhan

KANGAR: Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.

Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

“Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

“Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang.  Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

“Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan,” kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan Shahidan


Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008,  apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet  negeri dengan mengetepikan  penyokong kuat Shahidan.

“Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat,” kata Hashim.

“Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis.”

Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno  Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.
“Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus,  Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Perlis di ambang kejatuhan,” katanya lagi - Free Malaysia Today


Pinjam kata-kata Najib dalam sidang Media tu... “Saya percaya orang ramai dan rakyat boleh membuat pertimbangan sebab yang penting dalam kita menentukan siapa yang jadi pilihan kita ialah mana satu parti.. aaaa.. yang boleh menentukan bukan saja kelangsungan pentadbirannya tetapi pentadbiran yang stabil..

Jadi...pilihlah ya.. dalam PKR dikatakan ada pergolakkan tapi dalam UMNO ada perpecahan.. yang mana lebih stabil??

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails