Monday, June 25, 2012

Najib anugerah projek bernilai RM960 Juta kepada George Kent secara terus.. kenapa?


Laporan Business Times di atas dibuat selepas Najib dikatakan mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang.

Campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

******************************************

Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta.

Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang(“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.


Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu. 

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana.


Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails