Saturday, June 30, 2012

Malaysia bertindak sebagai proksi Israel - The Telegraph


Menurut satu laporan akhbar on-line dari India, The Telegraph, Persatuan Kriket Malaysia (MCA)telah menjadi proksi kepada Persatuan Kriket Israel (ICA) pada persidangan tahunan Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang diadakan disini baru-baru ini.

Akhbar yang berpusat di Calcutta itu seterusnya melaporkan ICA tidak dapat menghadiri persidangan itu dan proksi persatuan kriket negara tersebut telah diberikan kepada MCA.

Persoalannya di sini.. jika antara kerajaan tiada sebarang hubungan diplomatik bagaimana pula sebuah persatuan boleh menjalinkan hubungan?

Lihat bagaimana Utusan cuba memperbodohkan orang ramai.. dengan meletakkan kesalahan membawa masuk pemain dari Israel itu dulu kebahu Persatuan Kriket Malaysia.

Kononnya menurut Utusan, Persatuan Kriket Malaysia pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 1997 lalu dengan membawa masuk Pemain Kriket Israel.

Padahal tanpa visa yang dikeluarkan oleh Kerajaan UMNO/BN.. pemain dari Israel itu tidak mungkin boleh menjejaki Malaysia..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails