Thursday, June 7, 2012

Khalid Samad Dedah Video Agen UMNO/BN Cuba Beli MP PKR (Video Inside)


MP Shah Alam, Khalid Samad hari ini secara eksklusif mendedahkan rakaman video yang menunjukkan cubaan agen Umno-BN yang didakwa terlibat dalam rundingan untuk membeli wakil rakyat PKR dengan nilai RM2 juta tahun lalu.

Video gambar stil berdurasi empat minit di salah sebuah restoran di Lembah Klang itu menunjukkan perbincangan antara lima individu yang dikatakan cuba merasuah MP PKR terbabit supaya lompat parti.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, dua daripada lima individu itu didakwa sebagai wakil Umno-BN, manakala dua lagi iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dikenalpasti sebagai wakil PKR bagi MP tersebut.

Sementara seorang lagi, kata Khalid adalah pemandu bagi salah seorang agen Umno-BN berkenaan.

“Rakyat Malaysia harus sedar bahawa ini adalah taktik kotor Umno-BN dalam cubaan untuk membeli MP Pakatan yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili pihak lain tetapi dengan tawaran jutaan ringgit, mereka akan belot.

“Tetapi ini merupakan satu cubaan yang selama ini telah disebut banyak kali tetapi ini mungkin kali pertama kita dedahkan buktinya,” katanya.

Beliau berkata, video asal berdurasi tiga jam itu hanya akan didedahkan sepenuhnya Selasa depan bersama pendedahan MP Pakatan yang cuba dibeli.

Tambahnya, beliau turut mempunyai bukti lanjut yang mendedahkan pertemuan agen Umno-BN dengan niat untuk membeli serta merasuah 15 pimpinan Pakatan supaya belot terhadap parti mereka.

Bagaimanapun jelasnya, laporan polis terhadap perkara tersebut hanya akan dibuat selepas pendedahan video itu selesai dilakukan.

“Kalau Umno-BN cuba nak menafikan, kita akan beri mereka peluang sehingga Selasa depan untuk buat kenyataan. Kalau mereka mahu tonton video ini dulu pun, terpulang kepada mereka.

“Tetapi hakikatnya pembelian MP yang dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan agen-agen yang mengenalpasti calon untuk lompat parti telah gagal. MP yang ditawarkan dengan duit itu akan tampil memberi keterangan,” ujarnya.

Sidang media dan pendedahan rakaman video tersebut boleh di ikuti dibawah.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails