Thursday, June 28, 2012

Hina Sultan: Nizar disiasat, Uncle Seekers dibiarkan.. kenapa?


Kerana kenyataannya di Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputar belit oleh Utusan dan TV3, DS Mohammad Nizar Jamaluddin telah disiasat oleh pihak Polis.

Pejabat operasi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh, Perak telah diserbu oleh Polis negeri Johor ini bagi membantu siasatan menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner

Ruslan Hassan yang mengesahkan perkara tersebut. Dalam serbuan itu pihak Polis telah merampas dua buah komputer dan seunit telefon bimbit.

Selain itu pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan operasi di tiga pejabat milik Mohammad Nizar di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang pada pukul 11.30 pagi selama kira-kira 45 minit.

Itu apa yang telah berlaku terhadap DS Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS Perak.

Tetapi kebelakangan ini muncul sebuah blog yang dinamakan sebagai ‘Uncleseekers’ mula mendapat perhatian ramai lantas melonjakkan kedudukannya dalam ranking Alexa.

Apa yang disiarkannya ialah pendedahan mengenai keburukkan Sultan Johor serta kerabatnya dan jika dibandingkan dengan kenyataan YB Nizar ianya jauh lebih teruk penghinaan yang dilakukannya terhadap Sultan Johor dan kerabatnya itu.

Timbul persoalan disini siapakah sebenarnya penulis Blog Uncleseekers ini hingga menjadikan beliau kebal dari siasatan polis malah tindakannya mendedahkan keburukkan Sultan Johor dan Kerabatnya itu seolah-oleh dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Adakah pihak Polis Johor hanya membaca Twitter tetapi tidak membaca atau memerhatikan Blog?


Adakah kerana penulis Blog Uncleseekers mempunyai hubungan dengan beberapa orang penulis Blog utama yang menyokong UMNO/BN pihak Polis takut untuk mengambil tindakan terhadapnya?

Mungkin ada benarnya dakwaan oleh Mat Saman Kati orang lama dari Media Perak ini..




Artikel asal sila baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails