Thursday, June 21, 2012

Gagal memujuk, Najib mengugut pula...


Setelah pendekatan memujuk yang diambli oleh Najib gagal memperlihatkan sebarang kesan, beliau kini mengambil langkah mengugut pula..

Kata Najib kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Oleh itu beliau menggesa ahli perniagaan Cina untuk “bekerjasama” dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara-perkara yang telah dijanjikan dalam tranformasinya akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Kesimpulannya.. Najib minta komuniti perniagaan Cina supaya menyokong UMNO/BN kerana 54 tahun berkuasa masih tidak cukup buat pemimpin UMNO/BN menjarah dan mentekedarah harta negara..

Cuba perhatikan Thailand.. walaupun politiknya bergolak tapi ekonominya masih mampu melonjak..

******************************************

Najib: Kestabilan politik kunci utama kemewahan negara

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kepada komuniti perniagaan Cina, kekayaan dan kemewehan yang mereka miliki akan “hilang” kecuali jika negara mempunyai kestabilan politik.

Najib dalam ucapannya hari ini turut menggesa ahli perniagaan Cina untuk “bekerjasama” dengan kerajaan bagi memastikan kestabilan tersebut dikekalkan, dan mengambil iktibar daripada krisis ekonomi di Eropah, dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, termasuk insiden di Afrika Utara.

“Anda telah bekerja keras untuk mengumpul aset dan kemewahan di negara ini, namun ianya akan hilang jika kita tidak bekerjasama bagi memastikan kestabilan politik ini dapat dikekalkan,” katanya.

“Kestabilan politik adalah faktor utama kerana sebarang bentuk ketidakstabilan akan memberikan risiko kepada perniagaan yang akan meningkatkan kos, turun naik pelaburan langsung asing, dan pasaran saham akan merundum,” katanya lagi sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM).

Najib turut menegaskan, kerajaan pimpinannya juga tidak hanya sekadar memberikan janji kosong, sebaliknya akan “mengotakan janji yang ditaburkan”.

“Kami tidak memberikan janji yang tidak dapat kami  tunaikan. Kami telah melakukan yang terbaik sejak tiga tahun lalu dan akan terus melakukan yang lebih baik,” katanya lagi.

Selain itu, perdana menteri itu turut menjelaskan, melalui kerjasama, transformasi yang dilakukan kerajaan akan dapat terus dilaksanakan di Malaysia.

“Kami juga berjanji akan terus komited untuk melaksanakan apa yang termampu untuk mengatasi masalah dan halangan yang wujud, bukan sahaja terhadap ekonomi, tetapi juga kualiti hidup rakyat Malaysia,” jelas Najib lagi.

Bagaimanapun, Najib turut menjelaskan, perkara itu akan mengambil sedikit masa, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Perkara itu tidak dapat berubah hanya dalam semalaman, kerana sesetengahnya memerlukan lebih banyak masa lagi,” tambahnya lagi.


The Malysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails