Thursday, June 14, 2012

Ceramah tiada sambutan.. Ezam Mat Nor bercakap dengan kerusi di Sarawak.. saksikan!!


29 Mei lalu.. Senator Ezam Mat Nor telah dijemput sebagai pemidato utama dalam ‘Pidato Perdana’ yang telah diadakan di Bandar Petrajaya, Sarawak.

Sebagai sebuah negeri yang selama ini dianggap sebagai ‘fixed deposit’ kepada UMNO/BN dalam mengekalkan kuasa melalui undi sepatutnya menyaksikan kehadiran yang luar biasa sambutannya.

Malangnya ‘Pidato Perdana’ ini menyaksikan kerusi lebih banyak dari manusia..

Mungkin rakyat di Sarawak sudah muak mahu mendengar fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim yang bakal di sampaikan oleh Ezam.. (isu dia ni Anwar saja.. mana ada isu lain dah...)

Saksikan gambar-gambar dari Pisaukarat dan baca juga apa pencacai UMNO tulis bagi menutup malu berikutan sambutan sangat hambar yang diberikan oleh rakyat Sarawak kepada Senator Kotak ini..

 Berikut pula adalah laporan yang ditulis oleh pencacai BN Sarawak.. laporan nak cover malu...


Jika sebelum ini dalam tempoh sebulan, Anwar Ibrahim telah melakukan lawatan sebanyak 2 kali di Sarawak dan kesemua program yang dihadiri Anwar Ibrahim itu langsung tiada sebarang insiden provokasi.

Berbeza dengan program BN, Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam bin Mohd Nor yang julung kalinya diadakan di Sarawak pada malam tadi telah mendapat provokasi melampau dan pengecut.

Kehangatan kandungan ucapan YB Mohd Ezam semalam benar-benar telah menyebabkan telinga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang diketuai bekas calon DUN Asajaya dalam Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10, Arip Ameran pedas dan bernanah akibat pendedahan demi pendedahan yang melampau.

Akibatnya, Arip Ameran tidak dapat mengawal tingkah lakunya sebagai seorang peguam syariah apabila berteriak semacam terkena penyakit histeria dan melompak-lompat seperti beruk peliharaan S.Ambiga.

Akibat tidak dapat menerima kenyataan itu, perbuatan Arip Ameran dan kumpulannya telah menimbulkan kekecohan sehingga campurtangan polis. Biarpun insiden itu berjaya ditangani dengan baik oleh pihak polis namun provokasi yang dilakukan penyokong tegar Anwar Ibrahim itu telah menganggu majlis.

 Melihat kepada situasi malam tadi, perbuatan provokasi itu sememangnya telah diketahui lebih awal kerana budaya itu telah dipraktikan dalam PKR. Jika budaya itu menjadi kelaziman dalam PKR apatah lagi jika Pakatan Pembangkang memerintah. Pasti kucar-kacir Malaysia dibuatnya. - Cetusan Kenyalang

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails