Sunday, June 3, 2012

Bodohnya kenyataan MB ni.. siapa yang lantik dia jadi MB ni??


Siapalah yang sokong dia ni dilantik menjadi Menteri Besar, cetek sungguh pemikirannya.. bak kata Chegu Bard.. kalau kata MB ni bodoh..Bodoh lai orang yang angkek dio jadi MB..

Katanya anggota keselamatan yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan khianat kepada negara.. sejak bila pula dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, pembangkang dianggap sebahai pengkhianat kepada negara?

Bukankah dalam sebuah kerajaan yang dibentuk melalui demokrasi perlu ujud pememerintah dan pembangkang?

Kalau tidak ianya bukanlan sistem demokrasi tapi sistem kuku besi..

Jika MB ini berkata yang menyokong pembangkang tu pengkhianat negara.. tak sedar kah dia bahawa gajinya itu di bayar melalui hasil cukai yang dikenakan oleh Kerajaan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik?
 

MB Terengganu: Letak jawatan jika sokong pembangkang

KUALA TERENGGANU – Anggota keselamatan khususnya polis dan tentera diminta meletakkan jawatan sekiranya mempunyai hasrat menyertai parti pembangkang kerana tindakan itu jelas pengkhianatan kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, selaku anggota yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara, tindakan mereka tidak seharusnya bercanggah dengan dasar pemerintah sedia ada.

“Bagi saya, anggota keselamatan mereka berjuang pertahan negara dengan memikul senjata, tetapi kalau libatkan diri dengan pembangkang, maknanya ketika memakai uniform (bertugas) mereka pertahan negara dipilih rakyat.

“Tetapi apabila pulang ke rumah dan menanggalkan uniform untuk menyertai pembangkang, seolah-olah perjuangan (pertahankan negara) sia-sia kerana tanggungjawab mereka seharusnya menyokong kerajaan yang memerintah,” katanya ketika menghadiri Majlis Polis Bersama Komuniti Kuala Terengganu Hari Keluarga 1 Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, semalam.

Ahmad berkata, sebagai anggota keselamatan yang dibayar gaji kerajaan yang memerintah hari ini, seharusnya sokongan tidak berbelah bagi diberi kepada kerajaan.

Menurutnya, setakat ini beliau belum terima laporan wujudnya senario itu dalam kalangan anggota keselamatan.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails