Sunday, May 6, 2012

Zul Nordin dakwa tahu siapa rakam gambar lelaki mirip Azmin...


Siapa pulak yang bakal menjadi mangsa fitnah Zul Kulim ni kali ini.. Dia kata dalang bagi kerja-kerja ini ialah orang dalaman PKR sendiri...

Orang dalaman PKR sendiri? kah..kah..kah.. Woit Zul Kulim.. hang guna ayat lainlah kalau nak melaga-lagakan pimpinan dalam PKR ni.. ayat hang tu jelas sangat nak mengapi-apikan suasana..

Tapi... masih ada lagi yang percaya dengan si Zul Nordin ni?

‘Video panas kerja orang dalam’

KUALA TERENGGANU: Rakaman video panas yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan ‘orang dalam’ PKR sendiri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin, mendakwa rakaman itu dibuat untuk menjatuhkan pemimpin terbabit kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang luar. Saya tahu siapa rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,” katanya selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini.

Beliau berkata, dalam masa terdekat akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang akan didedahkan.

“Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan ‘pelakonnya’ memang tak disangka,” katanya - Bernama



**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails