Thursday, May 24, 2012

Woit Muhyiddin!! Nak fitnah tu agak-agakla..


Untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Muhyiddin telah meletakkan dirinya setaraf dengan Blogger-blogger pencacai UMNO yang sering menyebar fitnah terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Untuk memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga, Muhyiddin telah mengeluarkan satu kenyataan yang entah dari mana sumbernya dengan mengatakan 18,000 Melayu Pulau Pinang telah berhijrah ke negeri lain kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Tidakkah bodoh kenyataan Muhyiddin itu bila beliau berkata Melayu Pulau Pinang berhijrah kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak berlaku adil sedangkan fenomena ini telah berlaku sejak dari UMNO diperkudakan oleh Gerakan untuk memerintah Pulau Pinang lagi?

Hanya ada dua kemungkinan di sini, iaitu samada Muhyidin itu kurang membaca atau sememangnya bodoh kerana Lidah Rasmi UMNO @ Utusan sendiri pernah menyiarkan satu artikel pada 22/11/2010 mendedahkan bahawa Melayu Pulau Pinang berpindah kerana harga tanah yang melambung tinggi.


Artikel berkenaan, sila baca di (SINI )

Selain itu, sikap tidak amanah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang mengambil tanah-tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan juga adalah penyumbang kepada perkara ini.

Perkara ini telah diakui oleh ADUN Pulau Betong, Farid Saad dalam satu debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang, sila baca di ( SINI )

Tentang jumlah 18,000 Melayu yang dikatakan oleh Muhyiddin itu sebagai telah berpindah keluar dari Pulau Pinang, fakta ini mungkin dibekalkan kepada Muhyiddin oleh Blogger Pencacai UMNO.

Kerana hakikat sebenar ialah daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan Pilihanraya Umum 2008.

Jika Muhyiddin mengatakan 18,000 orang Melayu telah berpindah keluar dari Pulau Pinang dari mana datangnya 34,931 orangpengundi baru itu? Adakah mereka pengundi hantu yang didaftarkan oleh SPR?

Dan jika  Muhyidin berkata kerana tanpa rumah mampu milik ramai orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Pinang. 

Tuduhan ini adalah fitnah dan tidak benar kerana sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta.

Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang Muhyiddin... simpan sikit..

******************************************

Tan Sri Muhyidin Yasin Harus Bersikap Bertanggungjawab Dan Tidak Bermain Sentimen Perkauman 

EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada pagi ini mengutuk dengan sekeras-kerasnya usaha media massa utama yang dikuasai oleh BN cuba menghasut sentimen perkauman dengan menabur fitnah bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat ada strategi halus melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan negeri didakwa ada dasar peminggiran Melayu yang bertujuan mengusir keluar orang Melayu daripada Pulau Pinang dengan penduduk Melayu Pulau Pinang berkurangan sebanyak 18,000 orang dalam tahun 2010 dan tidak menjalankan projek perumahan mampu milik.

Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan tambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya besar 2008. Adalah dikesali Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin telah bersikap tidak tanggungjawab dan cuba mempermainkan sentimen perkauman dengan mengulangi fitnah jahat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membina rumah mampu milik dan mengusir 18,000 orang Melayu.

Tan Sri Muhyidin tambah bahawa perkara ini amat memalukan dan tidak adil kerana tanpa rumah mampu milik ramai orang Melayu terdesak meninggalkan Pulau Pinang. Tuduhan ini adalah salah dan tidak benar kerana sejak kerajaan negeri PR memerintah pada 2008 sehingga sekarang, sebanyak 11,596 rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dibina oleh kerajaan negeri dan pihak swasta seperti berikut:-

Selain daripada 11,596 yunit yang telahpun dibina, demi membantu rakyat Pulau Pinang yang kurang berkemampuan, kerajaan negeri PR telah memperuntukkan RM 500 juta untuk membina sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik yang berkualiti untuk masa depan. Sebanyak 277 ekar tanah telah disediakan untuk membina 18,000 unit rumah mampu milik di kesemua 5 daerah di Pulau Pinang.

Fasa 1 adalah di Batu Kawan sebanyak 12,000 unit di atas 200 ekar tanah. Manakala Fasa 2 pembangunan rumah mampu ini melibatkan 77 ekar tanah di  Pulau Pinang yang boleh menyumbang 6,000 unit rumah mampu milik.  Tanah untuk perumahan mampu milik telahpun dikenalpasti di kesemua lima-lima daerah di seluruh Pulau Pinang.

BN dan UMNO mendakwa bahawa kenaikan harga hartanah disebabkan oleh premium tanah tinggi yang dikenakan oleh kerajaan negeri. Tuduhan BN adalah palsu kerana kerajaan negeri tidak pernah menaikkan % kadar premium tanah, yang masih dikekalkan pada tahap % yang sama dengan kerajaan lama. Sesebuah kerajaan tidak boleh mempengaruhi harga hartanah naik atau turun kerana ia ditentukan oleh permintaan pasaran dan keyakinan orang ramai.

Keghairan BN dan UMNO mahu mendapat undi Melayu telah menyebabkan mereka berkali-kali mainkan sentimen perkauman dengan fitnah jahat bahawa Kerajaan negeri PR mahu meminggirkan atau mengusir Melayu. Ini boleh dilihat dengan keengganan media massa yang dikuasai BN menyiarkan kenyataan kerajaan negeri membetulkan fitnah jahat ini. Sekiranya kebenaran tidak dinyatakan, maka tindakan bahaya BN dan UMNO ini akan menjejaskan hubungan baik dan harmoni di kalangan rakyat majmuk Malaysia.


LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23 Mei 2012.*

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails