Sunday, May 27, 2012

Video Tragedi Himpunan Belia 2012 yang akibatkan dua parah..


Pihak penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana mereka gagal menyediakan langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.


Penonton dan jalan yang digunakan sebagai litar lumba hanya dipisahkan oleh pokok hiasan jalan.. tapi oleh kerana Menteri di Kementerian Belia dan Sukan dari UMNO, yang bersalah dalam hal ini ialah penonton kerana menonton ditepi jalan.

Aku nampak.. dari segi keselamatan tak ada bezanyapun perlumbaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan perlumbaan haram..

Laporan dari Jalan Pulang.

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails