Thursday, May 17, 2012

Tunku Aziz keluar, bukti DAP amal kuku besi.. MCA gantung ahli kerana berbeza pendapat ni.. kuku apa pulak Rais?


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan naib pengerusi DAP menunjukkan parti itu mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' apabila tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata amalan demokrasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik di mana beliau menerima kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki pemerintahannya di samping tidak memecat anggota Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya.

Pasti ada perkara yang tidak disenangi Tunku Abdul Aziz yang dilihat sebagai seorang yang sangat berprinsip sehingga bertindak meletak jawatan, kata Rais kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Malam Penghargaan Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara malam tadi – Malaysiakini.

Itu kata Rais Yatim tentang tindakan Tunku Aziz yang keluar dari DAP kerana berbeza pendapat dengan Parti..

Kata Menteri bakar jambatan itu DAP mengamalkan pemerintahan ala ‘Kuku Besi’ kerana tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Jika DAP dikatakan mengamalkan pemerintahan ala ‘Kuku Besi’ kerana perkara tersebut, bagaimana pula dengan MCA yang telah bertindak menggantung keahlian seorang Ketua Pemuda Bahagian Indera Mahkota, David Choi kerana mempunyai pandangan berbeza tentang Lynas?


The Malaysian Insider


Itulah sikap sebenar pemimpin-pemimpin UMNO.. mereka hanya nampak kuman diseberang laut tapi gajah didepan mata mereka tak nampak..

Menuduh pihak lain mengamalkan pemerintahan ala ‘Kuku Besi’ tapi sekutu sendiri mengamalkannya mereka buat tak tahu…

Tindakan MCA tu apa pulak Rais? kuku kambing? kuku biawak? atau kuku Lembu?

Tan Sri Abdul Kadir keluar UMNO tu apa cerita?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails