Thursday, May 17, 2012

Senaman Punggung lebih hebat akan diadakan di rumah Anwar Ibrahim pula kata Presiden Senaman Punggung..


Presiden Senaman Punggung dan Ahli-ahlinya ini mesti tidak tahu mendapatkan berita dari internet.. sebabnya kalau diaorang tahu betapa teruknya perbuatan mereka itu dikutuk sudah tentu mereka malu untuk mengulanginya lagi..

Selepas Ambiga, ‘senaman tarian’ untuk Anwar pula

PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik ‘senaman punggung’ oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.

Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.

“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.

Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.

“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.

“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.

Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.

‘Senaman punggung’

Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

“Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).

“Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga,” ujar beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails