Kurang pasti pulak aku.. samaada Najib yang mengeluarkan kenyataan ini sememangnya bodoh
atau sekadar mahu memperbodohkan Ahli-ahli UMNO yang telah dikatakan terdiri
dari orang-orang bodoh oleh Mahathir..
Kata Najib “Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat
sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya
sesuai untuk kita.
UMNO asal yang dikatakan Najib telah berusia 66 tahun itu sebenarnya telah
diharamkan pada tahun 1988 lalu..
Ianya
telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari
1988 selepas
berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding
jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil
Pada Jun 1987, satu guaman sivil
telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11
orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan
ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu
relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai
bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta
tidak mempunyai kesan.
Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan
dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan
bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat
bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan
mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang
kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir
Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761
berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden
UMNO.
Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan,
kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 4
Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau
tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah
kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah
di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir
telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13
Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang
yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah
ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya
dulu.
Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya,
Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai
aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang
dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.
Kemudian, perkataan “Baru” digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat
keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan
bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.
Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 24 tahun lalu –
terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan
Mahathir – malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini
[Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].
Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan
penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru
ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal
ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab
itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun
selepas itu.
Setelah berusaha untuk memperdodohkan rakyat dengan berbagai cerita dongeng tentang hal BERSIH .. Najib memperbodohkan ahli UMNO pula...
Nasib Najib baik.. kerana kebanyakkan Ahli-ahli UMNO itu terdiri dari orng-orang bodoh (Mahathir kata)
************************************
Perhimpunan raksasa Jumaat depan tanda kekuatan Umno: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan raksasa
di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno
pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam
satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam
pilihan raya akan datang.
Perdana Menteri berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa
ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa
mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
“Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai
sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya
sesuai untuk kita.
“Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi
jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini,”
katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di sini.
Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi
sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.
“Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa
segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa
yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada)
besar dan kecil selama ini,” katanya.
Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema ‘Umno Pembela Rakyat’ berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas - Bernama
Kalau korang nak tahu sebab apa perhimpunan ini terpaksa diadakan secara besar-besaran sila baca di ( SINI )
Kalau korang nak tahu sebab apa perhimpunan ini terpaksa diadakan secara besar-besaran sila baca di ( SINI )

