Monday, May 21, 2012

Patutlah boleh pakai Ferrari.. Tapak demo haram pun dia lelong..


Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan melelong salah satu tapak gerai di lorong tersebut pada harga bermula RM2,000.

Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga akan melelong salah satu tapak gerai di lorong tersebut pada harga bermula RM2,000.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.

Katanya, mereka juga akan meneruskan rancangan untuk berniaga di kawasan lorong tersebut walau tanpa kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, mereka akan bertindak sedemikian memandangkan BERSIH juga mengadakan perhimpunannya pada 28 April tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Kita akan teruskan walaupun DBKL tak beri (kebenaran). Kita lukis petak pada hari ini pun untuk tunjukkan yang kami bersungguh-sungguh untuk buat perniagaan di sini," katanya sambil menambah setiap peniaga perlu membayar RM100 untuk satu tapak.

"Esok kita akan membuat permohonan di DBKL pada pukul 10.30 pagi. Selepas berjumpa dengan Datuk Bandar, di depan bangunan itu juga kita akan membuat cabutan tapak dan juga akan membida tapak di hadapan rumah Ambiga yang harganya bermula RM2,000.



"Saya yakin, harga tapak itu akan tinggi. Tujuan kita membida tapak itu adalah bagi menampung kos majlis bertindak ini. Kami tak ada duit tabung," kata Jamal lagi.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir bersama kumpulan yang hadir untuk menanda petak gerai berkenaan hari ini - sepenuhnya sila baca di SINI

Itu yang kita tahu.. tapak demo harampun mamat ni boleh nak lelong hingga RM2000..

Bagaimana pula dengan yang kita tidak tahu?

Kalau macam ni tak hairanlah kalau dia boleh pakai Ferrari (Lamborghini sebenarnya.. Ferrari tu apa yang tertulis dalam keratan akhbar di bawah ni)... halal haram dia redah serupa saja..

Kesimpulannya... sila baca pesanan dari Twitter Chegu Bard di bawah..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails