Wednesday, May 30, 2012

PANAS!! Dua ADUN UMNO terlibat urusan jual beli tanah kes bunuh Sosilawati..


SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.



Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali (gambar bawah) pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil (gambar atas)menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.

Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.

Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain? Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?

Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.

Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini?

Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.

Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah.

Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Datuk Wira Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.
Perbicaraan bersambung hari ini.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails