Tuesday, May 8, 2012

Najib umum Durian Runtuh.. tapi kenapa RM1.689 Billion saja? lagi RM3.942 Billion hilang kemana?


Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, tetapi Najib hanya mengumumkan sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka…

Tentang bagaimana jumlah RM5.6 bilion sila dalam Kenyataan Media oleh Rafizi diakhir entry ini..

Selain itu.. Peneroka yang dikatakan layak mendapat ‘Durian Runtuh’ itu hanyalah mereka yang menandatangani perjanjian dengan Bank.. lihat perjanjian di bawah..

Ihsan Pahang Daily Online

Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana menandatangani "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH.

Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan.

Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran?

Baca sebahagian petikan berita ini..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000 kepada anak-anak mereka - Malaysiakini

Kenyataan Media yang dimaksudkan..

PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000

Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion

Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails