Thursday, May 10, 2012

Najib janji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga.. 3,000 Peneroka saman Felda RM483,000 seorang..


Walaupun Najib telah menjanjikan 'Durian Runtuh' kononnya buat keluarga masyarakat Peneroka, namun bukan semua Peneroka sebodoh yang dijangka oleh Najib.

Angka RM15,000 sekeluarga yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah bertujuan untuk menipu rakyat kononnya ianya diberikan kepada setiap peneroka, walhal hakikatnya Peneroka hanya memperolehi RM5,000 sahaja kerana lagi RM5,000 diberikan kepada isterinya (entah bila tak tahulah)..

Manakala baki lagi RM5,000 diberikan kepada anak-anak peneroka yang menjadi peneroka generasi kedua.. kalau anaknya kerja kilang.. tak dapatlah ya..

Bagi mereka ini RM15,000 sekeluarga yang dijanjikan oleh Najib tidak membawa sebarang makna jika dibandingkan dengan tertipunya mereka oleh Felda dalam berbagai hal, oleh itu mereka telah membuat tuntutan saman sebanyak RM483,000 seorang terhadap Felda.

RM483,000 Seorang... ini barulah dinamakan 'Durian Runtuh'.. ataupun 'Durian Runtuh' atas kepala Najib..

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails