Saturday, May 26, 2012

Memang Anwar Ibrahim ada mengatakan Pemuda UMNO Sial dan Celaka.. Saksikan Video ini!!


Kata pemimpin UMNO Lembah Pantai hari ini yang menafikan tuduhan PKR bahawa UMNO “menggunakan politik ganas”sebaliknya mereka mengatakan pembangkang sengaja “membesar-besarkan” cerita pada malam itu.

Dalam insiden di Lembah Pantai itu UMNO dikatakan “menggunakan politik ganas” apabila melempar batu, botol air, dan telur ke arah peserta ceramah PKR dan mencetuskan “insiden berdarah” yang menyaksikan dua mangsa mengalami kecederaan.

“Pada malam itu, ahli kami sendiri (Umno) turut cedera. Provokasi itu dimulakan oleh Anwar, yang memanggil Umno (Lembah Pantai) sebagai ‘sial, celaka’,” kata Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

“Kamu perlu faham, apabila di provok ... macam-macam perkara boleh berlaku.”

Itu kata mereka...

Berdasarkan video yang dirakamkan dan disiarkan dibawah  memang ada perkataan itu disebut oleh Anwar Ibrahim.

Memang Anwar Ibrahim ada mengatakan Pemuda UMNO Celaka dan Sial.. tetapi ianya diucapkan setelah seorang lelaki yang mendengar ceramah beliau di Pantai Dalam cedera kerana dilontar batu.

Pada minit yang ke 22:10 Anwar Ibrahim berkata “Berdarah?.. Sedara seorang cedera kerana dibaling.. ini dia!! Seorang cedera! Celaka orang UMNO ini! Celaka!”

“Seorang cedera kerana kerana dibaling batu oleh Pemuda UMNO Sial!!

Adakah kata-kata itu satu provokasi sedangkan ianya diucapkan setelah seorang cedera dibaling batu oleh Pemuda UMNO?

Sepatutnya Anwar Ibrahim berkata.. Pemuda UMNO Celaka, Sial, Bodoh, Bangang dan lain-lain ayat yang seangkatan dengannya..

Percayalah.. andaikata kata-kata dari kedua-dua pemimpin UMNO Lembah Pantai itu boleh dipercayai.. esok kita akan melihat babi-babi berterbangan diangkasa raya dibumi bertuah ini!!!

Oleh itu.. Jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO!!

Saksikan video ini!! Full Version..



Laporan berkaitan..

Umno dakwa Anwar punca keganasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Umno mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan insiden keganasan malam Khamis lalu ketika ceramah PKR di Lembah Pantai dan mendakwa mereka tidak harus dipersalahkan atas insiden tersebut.

PKR semalam menuduh Umno “menggunakan politik ganas” apabila melempar batu, botol air, dan telur ke arah peserta ceramah PKR dan mencetuskan “insiden berdarah” yang menyaksikan dua mangsa mengalami kecederaan.

Parti itu turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap ahlinya yang didakwa menyerang pemimpin dan pesyokong mereka pada malam tersebut.

Namun, pemimpin Umno Lembah Pantai hari ini menafikan tuduhan PKR sebaliknya mengatakan pembangkang sengaja “membesar-besarkan” cerita pada malam itu.

“Pada malam itu, ahli kami sendiri (Umno) turut cedera. Provokasi itu dimulakan oleh Anwar, yang memanggil Umno (Lembah Pantai) sebagai ‘sial, celaka’,” kata Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

“Kamu perlu faham, apabila di provok ... macam-macam perkara boleh berlaku.”

Anwar dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kepada pemuda Umno yang hanya berjarak kira-kira 100 meter daripada ceramah Umno di lokasi sama.

Mohamad Sazali mendakwa ahlinya turut membuat “simulasi” bagi menerangkan insiden kejadian tersebut.

Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Thamby Chik berkata, terdapat juga ahlinya tercedera “dan mereka di sana melemparkan batu dan telur ke arah kami”.

“Kami nafi pemuda Umno bertindak ganas pada malam itu.

“Kita tak boleh menuduh sesiapa ... ada ramai orang ... siapa baling siapa bukan kita tahu. Kami tak mahu menuduh,” kata Ibrahim.

Tambah beliau kenyataan biadap Anwar “yang tidak diundang” itu menjadikan ceramah yang aman sebelum Anwar menyerang pemuda Umno menggunakan perkataan kesat terbabit.

“Mereka memang pandai memanipulasi dan membesar-besarkan cerita ... apa yang mereka buat adalah manifestasi masyarakat Lembah Pantai yang telah menolak Anwar dan PKR.

“Akar Umbi Umno di Lembah Pantai stabil. Sudah tentu mereka (PKR) rasa tercabar,” tambahnya.

Sazali berkata seorang ahli Umno turut cedera dibaling batu dan mengenal pasti mangsa sebagai Muhd Saiful Bukhari.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengutuk insiden tersebut dan menafikan telah memberi arahan kepada pemuda untuk mengganggu ceramah PKR.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas memenangi kerusi itu daripada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Nurul Izzah dijangka akan bertanding dan kali ini berhadapan dengan Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam pilihan raya akan datang.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails