Thursday, May 3, 2012

MCA pula perlu nyatakan pendirian tentang BERSIH 3.0 kerana Ketua Wanitanya turut serta..


Mula-mula korang baca petikan laporan dari Sinar Harian 27hb April sehari sebelum Himpunan BERSIH 3.0 diadakan ini..

MCA mencabar DAP supaya menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan yang dirancang di ibu negara esok kerana ia dibantah oleh Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, DAP sepatutnya senada dengan Tunku Abdul Aziz, yang bimbang perhimpunan itu boleh bertukar menjadi ganas berdasarkan kepada beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

"Dalam hal ini, DAP perlu menjawab... siapa yang patut kita percaya? Kami mahu mereka nyatakan pendirian sebenar (berhubung perhimpunan itu)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi MCA di sini.

Sekarang.. MCA pula perlu jelaskan kepada DAP pendirian mereka berhubung Himpunan BERSIH 3.0 kerana Ketua Wanita MCA negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har telah  terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.

Itulah... sibuk sangat hal Parti orang lain.. Ketua Wanita sendiri tidak terjaga..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails