Friday, May 25, 2012

Pencacai-pencacai UMNO Johor jangan lepaskan peluang ini!!


Jika semalam pencacai UMNO di Perak dan Selangor telah berpeluang menjana pendapatan dengan mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja khianat kepada pendengar ceramah Pakatan Rakyat malam ini mereka berpeluang untuk menjana pendapatan di Johor pula.

Di Perak pencacai UMNO di negeri itu telah mengambil upah untuk melakukan kerja-kerja mengecat lampu beberapa buah kereta penyokong Pakatan Rakyat yang hadir mendengar ceramah Nizar.


Manakala di negeri Selangor pula, menurut DSAI pencacai-pencacai UMNO dinegeri itu telah menerima upah sebanyak RM20 untuk melontar batu dan telur kearah hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Lembah Pantai.


Dengan upah sebanyak itu, hasilnya seorang warga emas terpaksa dikejarkan ke Hospital setelah kepalanya tercedera dilontar batu - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Malam ini pula pencacai-pencacai UMNO di negeri Johor pula berpeluang menjana pendapatan dengan mengambil upah melakukan kerja-kerja khianat..

Ini kerana satu lagi Ceramah Pakatan Rakyat akan diadakan di Johor pula malam ini..


PIDATO PERDANA MERDEKA RAKYAT BOLEH DIIKUTI SECARA 'LIVE'

Tarikh 28 April sempena himpunan rakyat BERSIH 3.0 yang merupakan himpunan terbesar rakyat yang pernah berlaku dalam tanah air ini wajar di kenang sebagai himpunan MERDEKA RAKYAT.

Rakyat dari perbagai latar bangkit dengan berani menuntut hak warga. Ia satu gelombang kesedaran rakyat. Namun ia difitnah dgn perbagai tohmahan.

Maka jelajah MERDEKA RAKYAT telah diadakan bagi membawa semangat gelombang kesedaran hak warga ke seluruh pelusuk tanah air. Rakyat harus bangkit berani menuntut hak masing - masing. Bangkit dari ketakutan dan ugutan regim.

Bermula di Gombak kemudian ke stadium 3K Kelana Jaya. Datuk Seri Anwar tampil bersama pimpinan Pakatan Rakyat dengan imej yang berbeza. Bantuan teknologi alat pandang dengar digunakan secara maksima bagi menampilkan bukti bergambar mahupun video dokumen atau peristiwa bagi membuktikan apa yang diperkatakan menjadi identiti program ini selain penampilan pentas yang cukup berbeza.

Tayangan Video BERSIH menjadi sajian wajib pemulaan yang mengumpulkan rakaman amatur yang mampu memberikan kesedaran apa yang sebenarnya berlaku.

Terakhir 18 Mei lepas walaupun diberi masa 5hari untuk persiapan dan mobilisasi, program Jelajah MERDEKA RAKYAT telah menggemparkan pekan kecil utara Perak. Hampir 10ribu rakyat dari perbagai latar telah sama bersemangat menghadiri program ini di Pekan Tanjong Piandang, Parit Buntar.

Destinasi seterusnya ialah :

Pidato Perdana bersama DS Anwar Ibrahim dan Pimpinan PR
Pelancaran MERDEKA RAKYAT peringkat Johor

Tarikh dan Masa: 25Mei, 8.45malam,
Lokasi: Jalan Betuk 1, Kota Masai (Depan Pejabat Keadilan Pasir Gudang)
(pertanyaan 0197080692) - sebar

Semua diminta sama membantu hebahan ini dan hadir beramai - ramai bagi bersama membangkitkan dan membawa gelombang MERDEKA RAKYAT ke negeri paling selatan ini.

Paling istimewa hari ini atas permintaan ramai maka program pidato perdana siri jelajah MERDEKA RAKYAT ini akan mula disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Pengguna internet boleh menggunakan pautan seperti dibawah :

link ringkas: http://ustre.am/KVHd

standard link: http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

Mohon kerjasama semua menyebarkan pautan ini. Walaubagaimanapun ini kali pertama pasukan Seketeriat Merdeka Rakyat melakukan siaran langsung maka ia masih peringkat ujian. Komen dan cadangan untuk memperbaikinya amat dialukan.

Menyentuh mengenai serangan keganasan mutaakhir ini yang dilakukan oleh samseng tajaan parti regim penguasa, seketeriat telah bersedia. Sesungguhnya tindakan ganas mereka ini melengkapkan lagi syarat kejatuhan sesebuah regim. Jika program jelajah ini diserang maka keganasan serta tindakan tidak bertamadun mereka juga akan disiarkan ke seluruh dunia secara langsung.

Sekian


che'GuBard
Seketeriat Jelajah Merdeka Rakyat

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails