Monday, May 14, 2012

Mak Aih!! Indahnya bahasa Bung Mokhtar.. lebih hebat dari Najib.. tengok ni..


Ketika mengumumkan pemberian ‘Durian Runtuh’ kepada para peneroka yang menyokong penyenaraian FVGH beberapa hari yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mempopularkan perkataan ‘Haram Jadah’..

Najib telah menujukan perkataan ‘Haram Jadah’ itu kepada para peneroka yang telah menentang penyenaraian Felda..

Manakala ‘Durian Runtuh’ yang diumumkan oleh Najib itu ialah RM15,000 untuk tiga orang dari sebuah keluarga Peneroka iaitu RM5000 untuk Peneroka, RM5000 untuk Isterinya dan lagi RM5000 untuk anak Peneroka yang menjadi Peneroka Generasi kedua (kalau tak jadi peneroka tak dapat).

Mungkin kerana berpegang kepada moto ‘Kepimpinan melalui tauladan’, Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan yang telah berkahwin dengan seorang artis turut menggunakan pendekatan Najib itu, iaitu menggunakan perkataan kesat.

Lebih hebat lagi, Najib hanya menggunakan perkataan ‘Haram Jadah’ tapi Bung Mokhtar pula menggunakan lebih banyak perkataan antaranya ‘Anak Haram’, ‘Anjing’, ‘Ko lah Binatang itu’ dan lain-lain yang boleh dilihat di bawah ni..


Berikut adalah laporan dari Keadilandaily..

Bung Mokhtar maki hamun, mencarut di twitter


KUALA LUMPUR 14 Mei: Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut dan memaki hamun pengguna lain di twitter.

Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.

Antara perkataan yang digunakan termasuk ‘anak haram’ ‘jahanam’ ‘menyalak sampai mampus’ dan menggelar pengguna twitter yang menegur atau menyindirnya sebagai ‘binatang’.

Antaranya berbunyi: “ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni”, “MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?” dan “KO LAH BINATANG tu”.

Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

“PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb juga kah hahaha..kesihan,” antara kenyataannya dipetik di twitter yang ditujukan kepada seorang pengguna lain.

Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar itu turut mencuri perhatian pengguna di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN.

Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.

Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita dengan menyebut ‘bocor’, selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan Rakyat.

Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan ‘Haram Jadah’ baru-baru ini.


http://www.keadilandaily.com/?p=30384

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails