Saturday, May 5, 2012

Mahathir tuduh Anwar dan TG Nik Aziz nak jatuhkan Kerajaan guna Demonstrasi ganas pulakdah...


Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bekerjasama dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menjatuhkan melalui demonstrasi ganas seperti “Bersih.”

Perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini berkata, Malaysia bakal musnah jika dakwaan beliau itu benar dan rakyat bakal menyaksikan “kemusnahan kepada kestabilan ekonomi dan keamanan dalam negara tercinta ini.”

Kenyataan Dr Mahathir  itu dibuat di laman blog semalam selari dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Bersih 3.0 bukanlah perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil, sebaliknya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Namun, Dr Mahathir, yang telah berulangkali mengingatkan rakyat bahawa kuasa luar telah merancang untuk menukar rejim kerajaan di Malaysia, melangkau lebih jauh apabila membuat dakwaan terdapatnya kesatuan antara Anwar dan Menteri Besar Kelantan itu.

“Kemungkinan itu ada. “Kebanyakan rakyat Malaysia menjangkakan apa yang berlaku di luar negara tidak akan berlaku di sini.”

“Namun, demonstrasi Bersih 3 menunjukkan ia bakal berlaku di negara ini.”

Beliau menuduh Nik Aziz,  dilihat yang anti kerajaan di negara Arab telah berjaya menjatuhkan kerajaan, telah mengisytiharkan demonstrasi menjatuhkan kerajaan sebagai “halal.”

“Jelas, PAS sudah pun terikut-ikut budaya demonstrasi ganas Bersih sebagai langkah menjatuhkan kerajaan jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Negara kemudiannya akan kerap berlaku demonstrasi ganas. Ini akan memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Anwar sudah lali dengan menganjurkan “setiap perhimpunan demonstrasi” di Malaysia, menyanggah kenyataan Anwar yang menafikan Bersih 3.0 bermotifkan politik.

“Sekarang dia (Anwar) bergabung dengan Nik Aziz. Mereka berdua akan memperolehi banyak manfaat jika menjatuhkan kuasa tanpa melibatkan Perlembagaan,” katanya.

Dr Mahathir turut menjangkakan rancangan menjatuhkan kuasa ini, media antarabangsa akan memainkan peranan bekerjasama untuk “mengaburi mata” penentangan terhadap kerajaan sedia ada.

Sokongan asing juga dan badan bukan kerajaan, tambahnya, akan memburukkan keadaan, seperti mana berlaku di dunia Arab.

“Agenda mereka mungkin berbeza namun mareka akan melihat peluang untuk mengubah kerajaan, untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

Laporan media asing terhadap Bersih melihatkan kerajaan Malaysia bersifat negatif dalam menyuraikan perusuh.

Perhimpunan Bersih 3.0, yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar ganas seperti mana Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, apabila polis mengejar perusuh dan melepaskan gas pemedih mata termasuk meriam air ke arah perusuh.

Gerakan menuntut pembaharuan pilihan raya berterusan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap cubaan dan janji kerajaan memperbaiki kelemahan sistem pilihan raya, walaupun panel khas berhubung perkara itu sudah dibentuk di Parlimen.

Tuntutan Bersih adalah meliputi aspek proses pilihan raya negara ini, lebih menjurus kepada pembersihan sistem daftar pemilih sedia ada, bagi memastikan kerajaan yang mengamalkan demokrasi diberikan kuasa memerintah.

Namun Dr Mahathir menegaskan dalam laman blognya, tuntutan Bersih itu tidak berasas kerana “Malaysia jauh lebih bersih berbanding negara-negara autoritarian yang mana keputusannya telah dirancang.”

Di Malaysia, jelas beliau, telah banyak negeri yang jatuh ke tangan pembangkang setiap kali pilihan raya, sesuatu yang tidak mungkin terjadi sekiranya pilihan raya tidak bersih.

“Di setiap pilihan raya, akan ada negeri yang dimenangi pembangkang.

“Kelantan memilih pembangkang pada 1964 dan 1969. Pada 1974 apabila PAS menyertai Barisan Nasional (BN), Kelantan dimenangi BN, tapi terus dikuasai PAS. Negeri itu hanya dimenangi BN pada 1978 namun pembangkang merampas kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Pulau Pinang juga jatuh ke tangan pembangkang pada 1969. Sabah juga pernah tewas di tangan pembangkang.

“Keputusan terburuk adalah pada 2008, apabila BN tewas lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan,” kata Dr Mahathir.

Oleh itu, pemimpin yang masih berpengaruh ini menjelaskan, beliau menjangkakan pilihan raya akan datang bakal menyaksikan pembangkang akan menguasai sesetengah kerusi.

“Paling jelas Kelantan akan terus berada di bawah PAS. Ia amat sukar untuk BN kuasai semula negeri yang mereka telah tewas,” katanya lagi.

“Tapi kenapa masih lagi mengadakan demonstrasi dan tuntutan untuk pilihan raya yang adil dan bersih?” soalnya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails