Tajuk entry ini sebenarnya tiada kena mengena dengan insiden
memalukan iaitu ‘Senaman Punggung’ oleh
15 orang tua yang tak ada akal yang mendakwa mereka dari Persatuan Veteran
Tentera Melayu (PVTM).
Dan ianya bukanlah permohonan maaf dari Presiden Persatuan Veteran
Tentera Melayu kepada Ambiga mahupun kepada seluruh bekas tentera kerana melakukan perbuatan yang memalukan kebanyakkan bekas tentera dihadapan rumah Ambiga.
Tetapi ianya adalah satu laporan berita yang telah disiarkan
oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan yang kebelakangan ini menjadi sumber kewangan
buat beberapa pemimpin politik (kena samanla..)
Permohonan maaf itu adalah dari Presiden Persatuan Veteran
Tentera Melayu kerana telah menggunakan gelaran 'Datuk' yang dibeli..
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom
pernah dilaporkan membeli gelaran ‘Datuk’ dengan harga RM250,000 pada tahun
2006..
Baca keratan berita di bawah..
Habis tu.. buat senaman punggung depan rumah Ambiga tu tak mendatangkan kemudaratan sosial kah?
Bagaimana kalau perbuatan kurang ajarnya itu menjadi ikutan generasi sekarang?
Info ni aku dapat dari Semut Malaysia

