Friday, May 25, 2012

Insiden Lembah Pantai: UMNO tak pasti salah siapa?.. kalau tak pasti tengok gambar dan video ni..


UMNO Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.

Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.


"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.

Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.

Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.


Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu



 

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails