Thursday, May 24, 2012

HALAU 1.0? NGOk apa pulak yang berkumpul depan rumah Ambiga ni?


Mungkin mereka malu untuk dikenali sebagai pemuda-pemuda UMNO.. oleh itu kira-kira 100 ahli Gerakan Belia 1Malaysia yang diketuai oleh Shahrul Nasrun Kamaruddin yang berkumpul di depan rumah Ambiga ini mengenakan 'T' Shirt berlogo HALAU 1.0..

Muka nampak macam Melayu, bercakap Bahasa Melayu.. tapi bahasa tak pula mencerminkan sifat sebenar orang Melayu iaitu berbudi bahasa..

Sudahlah tak tahu berbudi bahasa.. datang kerumah orang nak halau keluar tuan rumah dari negara ini pula.. apa dia ingat negara ini mak bapak dia yang punya?



Inilah (gambar atas) mangsa pembodohan pemimpin UMNO.. menyokong tanpa berbekalkan otak.. dan korang agak berapa upah yang dibayar kepada budak-budak ni dan berapa umur mereka?



Cuba baca 10 sebab mengapa mereka nak halau Ambiga keluar dari Malaysia diakhir laporan.. kebanyakkannya telah dilakukan oleh pemimpin UMNO sendiri.. bacalah..

Ini petikan dari Malaysiakini..

Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Demonstran lempar kata kesat terhadap Ambiga

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 100 ahli Gerakan Belia 1Malaysia berarak di hadapan rumah Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga petang tadi dengan membuat pelbagai tuduhan dan melempar kata-kata kesat terhadap beliau.

“Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Malaysia tak perlu LGBT,” laung ketuanya Shahrul Nasrun Kamaruddin di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara petang tadi.

“Kerajaan sudahpun menjawab segala dakwaan Ambiga (berhubung pilihan raya yang kotor). Dia penipu besar,” tegasnya dengan nada marah.

Justeru itu beliau mendesak Ambiga memohon maaf sekiranya beliau pemimpin sebenar.

Pihak polis kemudian membenarkan Shahrul dan empat ahlinya menyerahkan memorandum yang diterima Sasterawan Negara A Samad Said, yang juga pengerusi bersama Bersih.

Memorandum tersebut mengandungi 10 sebab mengapa Ambiga patut dihalau dari Malaysia, iaitu:
  • Pengkhianat yang harus dibersihkan
  • Penghasut rakyat Malaysia supaya melanggar perintah mahkamah
  • Pencetus keganasan demonstrasi jalanan
  • Penjenayah yang engkar perintah Mahkamah Tinggi
  • Penipu yang putar belit fakta SPR
  • Penjajah yang bekerjasama dengan negara asing
  • Pendajjal umat Islam
  • Pembelot negara
  • Pemusnah masa depan anak cucu
  • Pengancam utama keselamatan rakyat Malaysia

Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails