Tuesday, May 1, 2012

Dr. M kata Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri..


Komen Dr. M yang mengatakan tak mungkin Polis merosakkan harta benda sendiri adalah sama sebenarnya dengan komen warga-warga emas yang tak ada kebolehan untuk acess internet..

Dimana mereka memberikan komen berdasarkan meklumat yang mereka perolehi dari Media Perdana yang ditunggangi oleh UMNO/BN sahaja tanpa berusaha mendapatkan maklumat dari Media yang lebih bebas.

Dr. M kata.. Polis tak mungkin merosakkan harta mereka sendiri.. mungkin dia sudah lupa suatu masa dulu dia pernah berkata Anwar Ibrahim tumbuk matanya sendiri...

Jadi.. kalau Polis tak mungkin rosakan harta sendiri... mana mungkin Anwar nak tumbuk mata sendiri Tun...

****************************************

Mahathir: Tidak mungkin polis rosakkan harta sendiri

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya polis tidak akan bertindak merosakkan harta benda sendiri seperti yang didakwa pembangkang pada perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.

"Saya tak tahu sama ada anda nak percaya atau tidak... saya tengok orang terbalikkan kereta (polis) dan mereka tidak kelihatan seperti anggota polis.

"Bagi saya mereka nampak macam penunjuk perasaan...lagipun kenapa polis nak terbalikkan kereta sendiri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dr Mahathir yang ditemui pada pelancaran buku "A Doctor in The House: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa keganasan pada perhimpunan itu dicetuskan oleh polis.

Pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu, seramai 13 anggota polis cedera akibat tindakan ganas peserta perhimpunan yang dijanjikan aman oleh penganjur.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir juga berkata tindakan merempuh halangan polis oleh peserta perhimpunan itu adalah modus operandi pembangkang.

Katanya ketua pembangkang mempunyai reputasi menghasut rakyat sebelum melarikan diri agar tidak dipersalahkan rakyat. – Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails