Friday, May 25, 2012

Disergah Jingga 13, PERKASA Pulau Pinang tak jadi nak mengganas.. (Video Inside)


Inilah sifat sebenar mereka sebenarnya, semakin dibiarkan semakin menggila perangainya, bertindak umpama manusia tidak bertamaddun tetapi apabila disergah apa yang nak dibuat terhenti begitu saja..


Mohd Ridzuad Azudin,Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang baru saja selesai membakar 10 ‘T’ Shirt BERSIH 3.0 di Jalan Teck Soon apabila Ketua Pemuda PKR Amir Ghazali dan Jurucakap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyergah tindakan PERKASA itu.

Dengan menyifatkan tindakan PERKASA itu seumpama samseng mereka memberitahu Ridzuad bahawa dia sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri Lim Guan Eng bukannya melalak tak tentu pasal.

"Kami dah meluat dengan perangai umpama samseng itu," kata Amir dan Mohd Ikhwan kepada  pemberita.

Mohd Ikhwan juga mengutuk tindakan PERKASA yang telah mengadakan pengebumian Hindu olok-olok bagi Guan Eng pada 10 Mei dan tindakan ganas mereka mengganggu Himpunan Hijau perhimpunan anti-Lynas di Esplanade pada 26 Feb lalu.

Beliau juga mengecam Ridzuad yang menunjukkan dan  melambai kasut pada Guan Eng semasa perhimpunan anti-Lynas itu diadakan.

"Hari ini mereka dibakar Bersih kemeja-T. Ia adalah menjijikkan dan memalukan untuk membiarkan PERKASA melakukan semua ini di atas nama Melayu dan Islam, "katanya.

Mohd Ikhwan berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Ridzuad tentang isu-isu pembangunan Melayu di Pulau Pinang.

Beliau berkata, beliau gembira dengan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk orang Melayu setakat ini.

Hmm.. Encik Ikhwan.. anda salah.. hang tu Melayu.. Ketua Wira PERKASA tu mamak.. lain kali bagitau kat mamak tu.. Melayu Pulau Pinang tak pernah lantik dia untuk membela nasib Melayu..

Berikut adalah video dari tempat kejadian.. dalam video ini anda akan menyaksikan Ketua Wira PERKASA itu mendakwa bahawa dirinya berjuang untuk rakyat...  sejak bila rakyat Pulau Pinang lantik dia entahlah..

Video oleh Shaari Md Salleh

Laporan dari Bernama

Peserta Perhimpunan Insaf, Minta Perkasa Bakar Baju Kuning 

GEORGE TOWN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang pada Jumaat membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang telah insaf.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju terbabit beserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu.

Penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan media meminta Perkasa membakar baju yang dipakainya dan beberapa rakan ketika menyertai perhimpunan tersebut, katanya kepada pemberita, di sini.

Penulis berkenaan turut mendakwa berlaku penyelewengan berkenaan agihan wang yang sepatutnya diterima mereka sebagai imbuhan menyertai perhimpunan itu, katanya.

Kumpulan 20 anggota Perkasa itu bertindak membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat. -BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails