Wednesday, May 23, 2012

Saksikan!! Dengan disaksi Polis, Ahli PERKASA menyerang kereta ADUN DAP di Melaka.. (Video Inside)


Mengulas mengenai insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu, Ibrahim Ali berkata ianya adalah cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan UMNO.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

"Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai.

"Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur.

Itu kata Ibrahim Ali yang tidak mengaku insiden itu angkara Ahli PERKASA, berikut pula adalah ulasan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
 
Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".
 
"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.
 
"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.
 
"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya – Malaysiakini

Berikut pula adalah artikel yang dipetik dari Kelab Greenboc..

insiden baling batu dan telur di program Hi-tea bersama Pengerusi J/K BERSIH, S.Ambiga sehingga mengakibatkan dua kereta ADUN DAP menjadi mangsa adalah satu endorsement jelas betapa desperadonya UMNO & Perkasa mutakhir ini.

Gejala samseng Pemuda UMNO dan Perkasa ini tidak terhad di Merlimau, tetapi berlaku di mana-mana saja di dalam negara ini di acara-acara anjuran Pakatan Rakyat dan rakyat amat kesal dengan sikap pihak berkuasa terutama polis yang membiarkan hal tersebut berlaku tanpa sebarang tindakan dan penahanan.

Sekalipun Pemuda UMNO Jasin sebelum ini menafikan mereka terlibat, begitu juga dengan Perkasa yang menurut Presidennya, Ibrahim Ali, yang menyatakan insiden batu dan telur itu dilakukan oleh orang yang menyamar menyarung pakaian Perkasa, namun dari rakaman kejadian, kenyataan-kenyataan itu boleh disifatkan "baling batu sembunyi tangan".

Mana mungkin hendak dikatakan mereka (Pemuda UMNO & Perkasa) idak terlibat apabila jelas kelihatan mereka yang seramai itu mengganggu di program PR sekalipun "berlakun" menjadi "penyelia trafik" yang tidak diundang? Kalau dikatakan mereka menyamar pakai baju PERKASA, ia bukan seorang dua tetapi ramai, menunjukkan itu bukan penyamaran tetapi memang dirancang.
 
Jika benar mereka mahu sabotaj Perkasa seperti dakwaan Ibrahim Ali, maka Perkasa perlu mengenalpasti mereka yang terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan.
 
Rakyat kini tertanya-tanya mengapa pihak polis kelihatan begitu bersahaja terhadap perbuatan dan tindakan samseng yang ada di dalam insiden tersebut.
 
Saksikan video di bawah ini yang menjelaskan segala-galanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails