Thursday, May 24, 2012

Debat: Najib bakal mencipta sejarah - Saifuddin Abdullah


Debat ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian telah berlangsung dengan jayanya .

Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut menyaksikan debat tersebut berpendapat debat seperti yang dianjurkan akhbar Sinar Harian itu sebagai satu perkara yang harus diteruskan pada masa hadapan.

Menurutnya, debat memberikan ruang kepada semua pihak berhujah dan bukannya sekadar ceramah satu hala semata-mata.

“Ini pada saya permulaan yang sangat baik dan harus diteruskan lagi dengan siri-siri yang akan datang.

“Yang kita hendak ialah debat politik dan bukan hanya ceramah sehala,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Menurutnya lagi, jika terdapat cadangan untuk menganjurkan debat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau adalah antara individu yang akan menyokongnya.

“Itu (debat Najib dan Anwar) satu perkara yang kalau berlaku akan mencipta sejarah. Saya antara yang akan menyokongnya,” kata Saifuddin.


KL Pos

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails