Saturday, May 12, 2012

Utusan minta maaf pada senator Australia.. Dah tak mampu nak bayar samanke?


Oleh kerana sering disaman kerana menyiarkan artikel atau laporan yang berbentuk fitnah dari berbagai pihak terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat..

 Akhirnya mungkin kerana menyedari bahawa mereka sudah sengkek.. dan tak mampu nak bayar jika disaman lagi.. Lidah Rasmi UMNO itu telah meminta maaf dari Senator Australia kerana telah memfitnahnya sebagai anti-Islam.

ya..lah ada kilang percetakanpun dah dijual.. kalau kena saman lagi nak jual apa pulak..

Utusan akui salah, minta maaf pada senator Australia

Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.

Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.

Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.

"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu - Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails