Thursday, May 3, 2012

Bukankah bagus kalau Utusan juga amalkan etika macam ni...

Bukankah bagus kalau Utusan Malaysia mencontohi sikap The New Straits Times ini.. bila menyedari melakukan kesilapan siasat dan minta maaf kepada pihak yang menjadi mangsa fitnahnya..


Ini tidak, biarpun dikuasai oleh golongan berbangsa Melayu yang terkenal dengan sopan dan santunnya dan berugama Islam, meskipun menyedari mereka telah melakukan fitnah.. tak reti nak minta maaf..

Malah cerita yang tak berasas oleh pencacai UMNO pun boleh dijadikan berita di muka depan asalkan ianya memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat..

NST minta maaf kepada Senator Australia
The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta - Malaysiakini

Ini artikelnya...



Katak yang melalak dalam isu ni kat dalam gambar tu.. tak nak minta maaf jugak ke?
 
Laporan sebelum ini..

NST siasat laporan fitnah senator Australia


KUALA LUMPUR: Akhbar The New Strait Times (NST) sedang menyiasat laporan wartawannya ekoran bantahan anggota Parlimen Australia, Senator Nicholas Xenophon.
Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ketua Pengarang NST, Abdul Jalil Hamid berkata, "Kami sedang melihat fakta mengenainya."

Hari ini, Nick Xenophon dalam kenyataannya berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melebelkan beliau sebagai anti Islam dan pejuang hak lesbian, gay, bisexual dan transgender (lgbt).

NST  melaporkan Nick Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.

Ekoran itu, NST telah membuang laporan berkenaan dari laman webnya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails