Thursday, May 24, 2012

Apa yang didakwa Mahathir benar rupanya.. dan kini semakin terserlah..


Ternyata ada kebenarannya dakwaan ataupun kata-kata Mantan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memerintah negara kita ini iaitu Tun Mahathir..

Tun pernah berkata "UMNO kini mempunyai masaalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat Bahagian serta Cawangan yang menyekat kemasukkan mereka (golongan cerdik pandai)"

"UMNO dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakkan Doktor masuk PAS"..

(Gambar atas: Tun kata kat Pencacai UMNO.. ada akai pakai.. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO..)

Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir seperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golongan Proffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kini ketandusan golongan tersebut.

Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangang serta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dan ianya semakin terbukti kini....

Aziz Bari antara 4 tokoh profesional sertai KEADILAN
KUALA LUMPUR 24 Mei: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada.


Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.

Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat.

Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu.

“Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi.

“KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN,” katanya pada kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN.

“Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

“Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha ‘Merdeka Rakyat’ dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Wan Azizah lagi - Keadilandaily


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails